Foto ‘mesra’ dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

Foto ‘mesra’ dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

Kontrovrsi foto mandi laut pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial.Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan aksi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki itu keterlaluan terutamanya Intan yang sudah bergelar tunangan orang.

Bagaimanapun, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, yang dihubungi mStar berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

“About the photos ? Sorry… saya tiada apa nak komen

“This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” katanya. 

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Pada Khamis, foto mandi laut Intan dan Zul Ariffin tersebar di media sosial sehingga ada yang beranggapan ia salah satu gimik bagi meraih rating drama lakonan mereka.

Bagaimanapun, pengarah terkenal Osman Ali menafikan babak mesra itu berkaitan dengan adegan dalam drama berkenaan.

Osman berkata, gambar-gambar itu juga bukan daripada ‘footage’ adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra.

“Saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

Foto 'mesra' dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

Razrul enggan beri sebarang komen, elak keadaan tambah keruh.

“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

Menerusi laporan mStar pada 15 Oktober lalu, Intan memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman netizen.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu pernah memberitahu bahawa dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya.

Dalam pada itu, Razrul menerusi laporan mStar pada 18 Oktober lalu, berkata, dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu.

Ramai yg memberikan komen berkaitan gambar berkenaan. PU Syed juga Turut beri pendapat. Menurut lapora mstar online sebelem ini.

PENYEBARAN foto aksi mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi-manda di pantai menerima teguran Pencetus Ummah (PU) Syed.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata tindakan yang dilakukan dua selebriti itu bertentangan dengan syarak dan adalah lebih baik jika mereka berkahwin secara halal.

“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

“Sebaiknya kalian bernikah sahaja  dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan inginkan masuk ke syurga.

“Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? fikir-fikirkanlah!” katanya.

Foto 'mesra' dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

PU Syed memuat naik teguran terhadap dua pelakon ini di Instagram.

PU Syed membuat teguran secara terbuka itu menerusi laman Instagrammiliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, nama aktres Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila beberapa keping foto aksi mesranya dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tersebar di media sosial.

Foto tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan berpendapat kelakuan itu tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berwajib untuk mengeluarkan satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti.

Foto 'mesra' dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

Aksi mesra dua pelakon ini menerima kecaman netizen.

“Ambe (saya) rasa perlu Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.

“Bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar.

“Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka #AdeAmbeTakut,” ujarnya.

Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.