Sultan Brunei buat spotcheck di Jabatan Imigresen. Apa yg Baginda temui amat mengejutkan.

Sultan Brunei buat spotcheck di Jabatan Imigresen. Apa yg Baginda temui amat mengejutkan.

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bertitah menegaskan pentingnya keberkesanan penguatkuasaan akta dan peraturan bagi pengawalan kedatangan pekerja asing tanpa majikan yang dilihat semakin berleluasa.

Bertitah pada keberangkatan lawatan kerja tidak berjadual ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh di Jalan Menteri Besar pagi semalam, baginda juga membangkitkan isu-isu penambahan kuota pekerja asing, penyambungan kontrak, penggunaan kuota bebas dengan pembayaran sejumlah wang kepada pemilik kuota dan sindiket syarikat-syarikat palsu.

Sehubungan itu, baginda menggesa agar perkara itu diawasi dan menegaskan agar gejala rasuah tidak dibiarkan meracuni pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Tegas baginda, kawalan dan aturan itu dibuat supaya kepentingan negara tetap terpelihara, keselamatan terjamin, sosio ekonomi berkembang dengan baik sehingga memenuhi hasrat kerajaan untuk melihat negara ini sebagai pusat perkhidmatan perdagangan dan pelancongan.

“Apabila bercakap mengenai penguatkuasaan akta, maka yang sering dipersoalkan ialah keberkesanannya. Sebagai contoh, penguatkuasaan kawalan bagi pekerja-pekerja asing di mana pada masa ini berlaku adalah kehadiran pekerja-pekerja asing tanpa majikan.

“Perkara ini dilihat semakin berleluasa. Menunjukkan pemantauan dan penguatkuasaan Imigresen adalah lemah dan tidak berkesan. Seolah-olah dengan mudah sahaja warga asing itu membuat atau memulakan perniagaan tanpa perlu kepada local partner. Malah mereka juga berani membawa ahli keluarga atau saudara mara datang ke negara ini bagi tujuan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Beta di sini mahu bertanya, di mana tanggungjawab melaksanakan akta atau peraturan? Apakah susah benar melaksanakannya nisbah dengan Brunei yang kecil ini.

“Rasa-rasanya bukan kerana susah tetapi lemah pengurusan dan pentadbiran. Memang sedang rancak diperkatakan tentang kelemahan ini,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menegur jabatan berkenaan yang hanya membuka satu kaunter sehingga menyebabkan kereta beratur panjang menunggu giliran.

“Dan juga turut berlaku ialah kejadian membuka hanya membuka satu kaunter yang menyebabkan kenderaan berderet-deret menunggu giliran walhal ada petugas lain tetapi tidak mahu membuka kaunter,” titah baginda.

Baginda juga membangkitkan isu peniaga tempatan yang mengaut keuntungan dengan cara mudah di mana ada yang menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing.

“Isu lain juga turut kedengaran peniaga tempatan menyewa lesen perniagaan mereka kepada warga asing berniaga di negara ini. Warga asing itu akan dikenakan sejumlah bayaran pada setiap bulan oleh pemilik lesen warga tempatan.

“Dengan lesen yang disewakan itu, peniaga asing itu akan mengambil kesempatan membawa pekerja asing lain untuk datang bekerja dengan mereka. Natijahnya, pekerja warga asing pun terus bertambah membanjiri Brunei tanpa dibendung dengan peniaga tempatan pula hanya menerima habuan dari perolehan sewa lesen kepada peniaga asing,” titah baginda.

Antara komen netizen.

Zie Sue – malaysia pun da naik lemas gn warga asing.. beranak pinak.. pada siapa kami sebagai rakyat tuk mengadu..seolah bicara di angin lalu..susah sangat kee nk mjga negara sendiri..atau tidak ada ke seorang seperti sultan ini dtg untuk mmberi peringatan.

John muhd Izan – Ehmnn, cra d sini sbhgian bsar org2 atasan nya hnya jaga kantung sndri, kroni & pngkuoq sndri ja xpun dkt2 plhrya tu pkat2 jd ” baik” tiba2 tu. Sorry le ” Kita” ni nk bt cmtu. Hnya sbhg kecil shj golongn2 atasan yg brjiwa rkyt, prhatin tu. Yg lain2 tu wyang & kncing kuat sja.

Fy Johari – ha checkla imgrsn stiap tmpt. senang, kalau boleh mnx drg bkk smua kaunter bkn byk kaunter tpi dua je bukak.haish.

Ara Nanami – Kementerian ada org buat sportcheck jugak. Tp bukan menteri. Ksu, tuan pengarah, mana² pangkat tertinggi dlm Kementerian akan dtg audit stiap jabatan bawahan.

Nur Diana – tudia pening kepala sultan tengok fail imigresen berterabuq mcm tu.

Sumber: Radio Televisyen Brunei & the reporter