“Niat saya nak kaburi wartawan, tak sangka jadi isu”

“Niat saya nak kaburi wartawan, tak sangka jadi isu”

Semalam kecoh mengenai kemelut rumah tangga penyanyi Adira Suhaimidan suaminya, Dato Red. Lebih menjadi bualan ramai apabila Dato Redmengeluarkan kenyataan mereka melakukan hubungan intim sehari sebelum permohonan cerai.

Menjelaskan kenyataannya itu, Dato Red berkata dia tiada niat untuk membuka aib dan niatnya ketika itu untuk mengaburi mata orang ramai mengenai kemelut rumah tangga mereka.

 

“Sebenarnya saya ada berpakat dengan Adira dan kami tak mahu hebohkan perkara ini kepada pihak wartawan. Saya anggap mereka sebagai kawan sahaja tak sangka ia nak jadi isu.

“Sampai netizen hentam saya kerana cerita yang tak sepatutnya nak keluar. Sebenarnya niat hanya untuk mengaburi supaya perkara sebegini tidak terjadi.

“Banyak hati yang saya nak jaga kerana saya masih dalam proses pujuk hati Adira,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dato Red berkata dia masih menyayangi isterinya dan nekad untuk mempertahankan perkahwinan yang dibinaya selama empat tahun. Ujarnya lagi, dia berkahwin bukan untuk bercerai.

“Saya nak berkahwin bukan untuk bercerai. Walaubagaimanapun saya akan pertahan perkahwinan ini selagi hayat saya ada. Apabila benda ini berlaku saya tersentak dan baru saya tahu ia boleh dibuat secara hakam.

“Selama ini saya ingat selagi lelaki tak lafaz cerai, perceraian tak boleh berlaku. Kalau nak ikutkan orang di sekitar saya suka perceraian ini berlaku, saya akui sepanjang empat tahun berkahwin saya alpa dengan kehidupan dunia,” katanya.

“Saya Akan Cuba ‘Tackle’, Pujuk Adira Balik”

Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyayi Adira Suhaimi menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Difahamkan, Adira menfailkan permohonan perceraian itu pada 1 April lalu. Adira yang disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pendiriannya menegaskan, dia tetap mahu teruskan perceraian.

Bagaimanapun, Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Dato Red membantah permohonan isterinya itu. Hakim Mohd Faizal Habib menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.

Mengulas lanjut mengenai perceraian yang difailkan isterinya, Dato Red menegaskan dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dengan Adira demi anak-anak mereka. Malah ujarnya lagi, dia akan berusaha untuk menambat hati Adira dan selamatkan perkahwinan mereka.

Pasangan berkenaan tiba pada waktu berasingan di mahkamah. Datuk Red tiba jam 2.50 petang di mahkamah bersama dua rakannya dan kemudiannya Adira yang dilihat berseorangan jam 3.05 petang.

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan berantakan namun kedua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Adira dan Adnan bernikah di Songkhla, Thailand ebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk seorang anak perempuan baru berusia dua bulan lalu.

Antara komen netizen.

Combiecom combie – Kantoi akhirnya, konon2 niat tu baik tapi tidak diredhai… maka tulah jawapannya.

Puan Zuera – Dato merah, Banyak hal boleh di buat gurauan.. Bukan hal keintiman suami isteri, hal bilik tidur biar suami isteri je yang bergurau pasal tu…

Malu la bergurau pasal hal sensitif gitu, dato merah pun bukan pelawak nak bergurau senda dengan wartawan.. Cakap no komen pun wartawan tetap tulis juga.. Ni lagi bergurau macam tu, memang la akan jadi isu hot, tak kan wartawan tak mau tulis…Jadikan pengajaran je dato merah.

Aina Najwa – Nk bergurau boleh, cuma bende2 camtu tak yah la buat gurau2. Wlaupun x buat, still mcm mengaibkan diri sendiri, pasangan, anak2. Kalau anak2 dah besar sekali tengok ayah dia dlu ckp cmtu, x ke malu nengoknya.

Aisyah Darwisha – Hal2 dlam kain,..nak wat gurauan,..agk2 aper Adira rasa??? Dato mmg xmalu ckp gitu,..kite yg baca ni pulak segan,…

Nurul NH – Die ni memang xtau malu dr dulu. Semua cite dalam kain nak bgtau kat orang, nampak sangat biasa cite kat orang. Ko memang tak rasa malu, tapi yang dapat malunya adira tu.

Mohd Lepat – Mmng isu la cite dlm kain..cube beegurau kate mlm td bru sembhyg berjemaah same2.

Basni Suhaida – Suka menjatuhkan marua bini laa mamat nihhhh … Xdak sikit perasaan malu pn aaiihhh sampai hat dlm kain pn nk cegheta.

Putri Syafika – Nak tunjuk hebat sangat dgn perempuan. Keluar kenyataan nak menikah ja kerjanya..ingat isteri tu tunggul ka tak ada perasaan. Sekarang tunjuk la hebat awak…isteri yg tinggalkan awak.