Pukul 4 pagi dah ketuk pagar rumah hantar anak. Macam pengemis pula time minta gaji. 2 bulan sekali baru nak bayar

Pukul 4 pagi dah ketuk pagar rumah hantar anak. Macam pengemis pula time minta gaji. 2 bulan sekali baru nak bayar

Foto sekadar hiasan. Saya seorg pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pukul 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak org ni macamana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudahpun berkahwin dan anak 3 org anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni.

Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sbb tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar. Memekik macam saya berkira duit. Tp pukul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pukul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu.

Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan zalim nak suh budak tu dok luar.

Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dlm beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh saya amik susu anak org dan pampers anak org. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot. Tak kan saya nak amik hak org lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak mcm ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.

Belum lagi kes yang amik anak pukul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodoh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur. Pastu hantar anak pagi buta pukul 4 pagi dgn baju yang sama saya pakaikan malam semalam dgn pampers bocor.

Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana? Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni. Dengan anak-anak saya pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya da bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.

Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 org, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dgn kawan ofis. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cedera kat luar tu macamana rasanya?

Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sbb nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dgn anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sbb anak sendiri pun kami tak pkul. Dan tahu rasanya jika org pkul anak kita tanpa sebab.

Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika org kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri.

Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat. Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.

Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu da utk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Luahan pengasuh ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Marsha Amin Hamid –Kini saya fahm knpa ada je kes anak kena ckik mti oleh pengasuh..

Salmiza Che Mansor –rsnya lebih bagus sis buat wassap group..dan apa2 info berkaitan anak asuhan @ ibu bapa masukkan dlm group.. mention nama parent yang x bg susu n pampers @ lambat ambik anak.. list kan jg nm2 org yang lambat bayar upah bulanan.. lekatkan jadual pembayaran di depan pintu.. boleh tick siapa yang byr @ x bayar.. semoga allah murahkan rezeki kpd sis atas ihsan kpd anak2 yang terabai

Miza Sanusi –Ambil budak tu, bawa ke balai, bgtau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti whatsapp cakap dh tanak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jgn la baik sgt, ni kadang tgk ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la.

Buat hitam putih semua kena bayar on time, kalau OT kena bayar, jangan ganggu sabtu ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada2, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang langgang..

Afiza Yahaya –Mak saya pun mengasuh budak jgk, macam2 ragam doq ada, ada jenih yang antar anak x reti bg mandi walau jam dah tghari!! Ada yang antaq anak umur dah 5@6 tahun sedikit bekalan makan utk anak pun x di sediakan, dah laa bayar gaji 250/budak klu nak di kira mkn lg brapa pengasuh nak dpt!!

Faiza Sharmira –Kesiannya.. Sbb tu saya tak nak jadi pengasuh.. Rsiko tinggi.. Kak benti ja keje ni.. Stress tu bhya.. Jaga family sendiri dulu.. Buat bisnes lain.. Insayaaallah rezeki Allah luas.. Biar bgi pengajaran sikit Pd mak bapak yang x hargai anak lgsung tu..

Macam2 ragammm doq ada!! Tp ada yang bagus memang bagus bab makan anak selalu di bekalkan kdg anak x mkn pun, segelintir laa mak pak jenih cemehhh tu memang akan buat halai balai jaaa.

Dayangsitihasmah –Buat group BS dgn mak bapa yang hantar anak. Sebelum nak buat group tu. Sis buat karangan siap2.

Siapa xbawa perpers n susu anak akan di denda 1 pempers rm2.

Makin besar saiz pempers makin besar lain harga dia.

Xbawa susu anak akan di denda juga.

Bayar lambat saya akan bagi denda 1 hari rm5 mak bapa kira lah ye berapa kali lambat bayar.

Saya nak mak bapa xbawa susu pempers anak tu. Bayar pada hari itu juga. Jika tak bayar pada hari itu juga. Sila ambil anak anda di balai.

Misal ye. Tak ada perubahan kepada mak bapa ni.. Jika sis tahu mane mak bapa budak ni kerja. Ni hati kena keras. Hantar ke tpt krj dia.

Kepada mak bapa yang buat2 lupa anak ni. Jangan lupa nye. Saya caj duit makan malam rm20 1 kepala.

Saya akan up muka2 mak bapa ni dekat fb nanti. Biar kena viral.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans