Hasif sahmi dan yoe dapat peluang baca berita buat netizen geli hati.

Hasif sahmi dan yoe dapat peluang baca berita buat netizen geli hati.

Semakin mendapat tempat di hati masyarakat, lawak ‘Drama Spontan’ gandingan Asif dan Yoe pasti membuatkan penonton tidak kering gusi. Menjadi peneraju utama segmen tersebut, ternyata lawak mereka sentiasa ditunggu-tunggu oleh warganet sehingga menjadi trending di laman Youtube.

Terbaru, video trio tersebut menyampaikan berita tular di media sosial dan membuatkan rata-rata penonton terhibur dengan gelagat mereka yang bersahaja.

Menerusi video berdurasi 4:09 saat yang dikongsikan laman Facebook Buletin TV3 semalam, ternyata aksi spontan mereka berjaya membuatkan penonton berasa lucu dan tidak kering gusi apabila menontonnya hingga ke akhir.

Tidak sampai sehari ia dikongsikan di laman Facebook tersebut, video itu telah berjaya mendapat lebih 30k perkongsian dan meraih hampir 10k tanda suka dari warganet.

Jom kita tonton Macam mana Hasif Sahmi Dan Yoe baca berita.

Hasif sahmi dan yoe dapat peluang baca berita buat netizen geli hati.

Hasif sahmi dan yoe dapat peluang baca berita buat netizen geli hati.

Hasif sahmi dan yoe dapat peluang baca berita buat netizen geli hati.

Video tersebut berjaya menarik perhatian netizen dengan rata-ratanya memberikan komen positif di atas keberanian mereka menyampaikan berita.

Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang memberikan komen lucu selepas melihat aksi Yoe dan Asif membacakan berita.

Antara komen netizen.

Nur Fatin – Allahurabbi baru nak tidur mata dah layu, boleh pulak nampak vid korang ni. segar bugar balik mata.

Kamal kamal – Tahniah asif &Yoe demo terbaik berani mencube.xlupe juga syahmi yg memperkenalkan mereka berdua . Tahniah moge muroh rezeki.amin.

Hilal Ilyas – Ramai yg nk bercita2 nk jd pembaca berita tv3 tp mereka juga yg bertuah. Murah rezeki mereka ni.

Md Azhar – terbaek.. yoe nmpk lebih fasih bertutur.. asif perlukan latihan lg.. 2 insan istimewa yg Allah beri rezeki & tuah kpd mak ayah mreka.. kemah keming.

Chelsea – Terbaik dan ada bakat besar abg kita boleh jadi pembaca berita BBC berita dunia semoga Allah permudahkan segala urusan berserta biawak.

Muzzafar muhaimin– da masuk tv3…murah rezeki mereka.Bukan semua org boleh angkat mereka ke persada seni..tq mi and the team…moga murah rezeki sentiasa.

Jo Linda – Saya cadangkan Shami ,bwk asif,yoe dlm dewan parlimen tengok ahli parlimen berbahas dan boleh jd kan contoh drama spontan..atau asif dan yoe cuba mintak untuk berbahas dengan Yb Jelutong.. pastu biar tv3 jd penyiar rasmi.

Intan Arbaen – walaupun ada yg kata xkelakar dan kadang2 mmg biasa je .Tapi bagi aku biar tengok 3 orang ni punya video ,dr tengok video artis2 yg merepek ,tayang harta tayang badan .Macam la .Tengok dorang ni hati tak sakit .

Farah Akmar – Punoh weyy kalo pembaca berita rupa gni.. Hahaha.. Berdekak sokmo.. Hahahahaha.. Aduhhh meleleh ayer mata tengok berita mcm ni sbb ketawa

Sumber: Facebook Buletin TV3 via oh bulan.