Beliau periksa jantung pesakit tersebut berdenyut dengan bunyi yang tak pernah didengar sepanjang kariernya sebagai doktor. Bunyi gema yang sangat kuat, tiada bunyi “Lub Dub, Lub Dub”.

Beliau periksa jantung pesakit tersebut berdenyut dengan bunyi yang tak pernah didengar sepanjang kariernya sebagai doktor. Bunyi gema yang sangat kuat, tiada bunyi “Lub Dub, Lub Dub”.

Gambar sekadar hiasan.

Cerita ini diceritakan oleh seorang pakar jantung yang terkenal di Malaysia. Waktu tu saya baru tahun 3 di fakulti perubatan UiTM. Malam minggu lepak di Masjid Jamek Sri Petaling, terjumpa pulak dengan Profesor yang hebat ni.

Takdir Allah SWT, bayan atau ceramah pada malam tersebut menceritakan tentang wali-wali Allah yang sangat hebat amalan-amalan mereka sehinggakan boleh menjaadi asbab hidayat untuk orang-orang bukan Islam. Habis solat Isyak, bersembang dengan beliau sambil makan malam, beliau menceritakan satu kisah menarik yang boleh kita ambil pengajaran.

Cerita ini berlaku semasa beliau dah bertugas sebagai seorang pakar jantung di sebuah hospital. Seperti manusia biasa, apabila diuji dengan pangkat, kedudukan, kepandaian dan dihormati oleh semua orang, rasa diri tu bagus dan mulia berkubu di hati. Rasa keakuan yang sangat menebal di dalam diri. Begitu juga dengan keadaan beliau yang mana telah pun menjadi seorang pakar jantung yang disegani ramai.

Pada hari kejadian, beliau oncall pada waktu malam, ada seorang patient baru masuk ke dalam ward sebab serangan sakit jantung. Pesakit tersebut merupakan seorang kerabat diraja.

Seperti biasa, kes-kes yang baru masuk ward, pakar akan jumpa pesakit-pesakit tersebut. Lagi-lagi apabila Medical Officer nya beritahu yang pesakit tu menghadapi komplikasi kerana serangan sakit jantung nya.

Semasa kali pertama beliau bertemu pesakit tersebut, nampak macam orang-orang biasa, tak nampak pun macam kerabat diraja. Nampak tenang melihat wajahnya.

Habis tanya beberapa soalan kepada pesakit tersebut, beliau pun buat physical examination untuk periksa keadaan pesakit tadi. Seperti biasa, nama pun pakar jantung, lagi-lagi pesakit datang sebab sakit jantung, maka stethoscopenya terus diletakkan pada dada pesakit untuk mendengar degupan jantung pesakit tersebut.

Agak lama beliau mendengar degupan jantung pesakit tadi. Dan boleh kata dekat 4-5 kali beliau ulang untuk dengar lagi dan lagi degupan jantung pesakit tadi. Habis je dengar, beliau minta Medical Officer nya untuk dengar pulak bunyi jantung pesakit tadi. Kemudian beliau tanya apa yang dia dengar, macam biasa MO tu beritahu, bunyi jantung yang normal, ‘Lub Dub, Lub Dub’. Tak ada bunyi lain.

Beliau kata takpe, beliau dengar lagi, dan muka beliau tetap berkerut. Tiba-tiba, pesakit tadi bukak facemasknya dan pegang tangan beliau lantas menekan stethoscope milik beliau ke dadanya seakan-akan mahu beliau dengar betul2 bunyi jantungnya. Kemudian pesakit tersebut ucapkan beberapa perkataan yang tak akan beliau lupa sampai bila2.

Tiba-tiba berlinang air mata beliau semasa menceritakan perkara tersebut. Saya tanya apa yang Doktor dengar masa auscultate atau periksa jantung pesakit tersebut.

Beliau jawab, beliau tak dengar bunyi jantung yang normal, beliau dah dengar ribuan bunyi jantung sepanjang beliau bertugas sebagai Doktor. Tapi ini kali pertama jantung yang berbunyi sedemikian rupa, apa bunyinya saya tanya.

Beliau beritahu, jantung pesakit tersebut berdenyut dengan bunyi Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah. Bunyi gema yang sangat kuat, tiada bunyi “Lub Dub, Lub Dub” atau bunyi lain, cuma yang ada hanya zikir Allah, Allah, Allah.

Terasa seakan-akan seluruh kemuliaan diri keluar dari diri beliau dan tersedar semuanya milik Allah SWT. Keesokan harinya, pesakit tersebut meninggal dunia.

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini, tak kira siapa pun kita, tukang kebun, petani, doktor, pilot, engineer, peniaga, manager, orang kaya atau miskin, dato atau rakyat biasa, kita semua hamba Allah SWT. Setiap perkara kita buat, perlulah dibuat kerana Allah SWT.

Apa sahaja kemuliaan yang kita rasa di dunia ini, semuanya Allah yang punya, kerana Dia Maha Mulia dan segala puji hanya untukNya. Kita hanya hamba yang hina, hari ini kita dipandang mulia oleh manusia lain kerana Allah SWT tutup aib kita, jika Allah SWT buka aib kita, nescaya seluruh manusia pasti takut nak berkawan dengan kita.

Antara komen netizen.

Yurin hazara – Good reading.. moga Allah muliakan saudara confessor dan sentiasa dalam lindunganNya kerana menulis confession ini.. mengingatkn kepada saya supaya sentiasa mengingati Allah.

Siti Norbaya – Sgt terkesan pd saya hamba Allah serba hina ini. Pengajaran buat saya supaya selepas ini, dptlah saya berzikir pd setiap masa, didlm hati supaya orglain tidak nmpak mulut saya berzikir, yg akan mendatangkan rasa ujub dlm diri.. Astaghfirullah al azim.

Bername Emot – Alhamdulillah terima kasih perkongsian yg hebat. Jadi baik itu bagus tp bila mula merasa diri lebih baik drpd org lain, itu bahaya.

Arman KasteLlo – Tkasih atas perkongsian cerita yg hebat ini…betullah pesakit tu ckp, kita ni cuma tukang bwk najis aje… hebatnya seseorang manusia apabila Dia memandang kita dgn hebat … rezki confessor dpt alami peristiwa itu n dpt kenal dgn pesakit itu.

Ana Tajul – terima kasih itulah ucapan selayaknya yg saya patut ucapkan pd confessor, kerana ketika membaca confession ini, air mata tak berhenti mengalir, terima kasih sekali lg kerana telah mengetuk pintu hati saya, sbg manusia biasa kekadang kita alpa dgn segala nikmat dunia, tanpa kita menyedari byk perkara yg kita biar berlalu pergi, confession ini adalah satu turning point kpd kita supaya tidak leka dlm mentaati segala suruhanNya.Acapkali kita lalai, ampunkan kami Ya Allah.

Kay Rokiah – Subahanaallah… hebatnya pesakit t…. betul katanya kita bawa najis kemana saja….apa yg ada pd kita hanya pinjaman / sementara saja.

Kredit : AFBA (Bukan nama sebenar) via iium.