Kisah Suami Hilang Kerja, Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

Kisah Suami Hilang Kerja, Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

Setiap manusia akan diuji dalam hidup. Cuma apa yang membezakan adalah bentuk ujian yang diterima. Ada yang diuji dengan begitu hebat hingga merasa putus asa dalam hidup namun berjaya bangun semula kerana sifat sabar dan redha.

Seperti perkongsian video oleh Ustaz Ebit Lew mengenai seorang peserta di dalam programnya tempoh hari. Lelaki berkenaan putus harapan dalam hidup hingga merasa ingin mati kerana diuji dengan kehilangan pekerjaan. Mujurlah adanya seorang isteri yang sentiasa setia di sisinya.

Video yang meraih 46 ribu tanda suka dan 44 ribu perkongsian hanya dalam tempoh sehari dimuat naik itu ternyata berjaya membuatkan ramai warga net tersentuh.

Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?

Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja.

Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.

Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah.

Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.

Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlew

Antara komen netizen yang tersentuh hati dengan video tersebut.

Mec nuyu – Amd Shah terima kasih suamiku..kamu benar² lelaki yg hebat..syg xboleh lawan semangat Biy tapi syg belajar jd lebih tabah..demi masa depan kita dan anak-anak.. Semoga suamiku dipermudahkan segala urusan dan sentiasa didalam lindungan Allah swt.

Putera Shah – Ego sorang suami bila di rendah kan, akui kesilapan yg lalu di hadapan isteri.. Semoga urusan segala dipermudahkan.

Mila rich – aku menangis tengok video tu min.. rzeki Allah beri lbih pd kaum wanita kkdg kerana Allah nk bg pahala lbih dkt isteri sbb bantu.. cuma suami jgn amek kesempatan kt isteri atas pertolongan.. org llaki kurg nk berdoa untuk ibu bapa,, kurg bersedekah,,.. kkdg ujian itu supaya org llaki jd lbih cekal untuk berusaha.

Ammar Ayesha – Suami sy seorang yg soleh, solatnya xpernah tinggal, Alhamdulillah tapi diuji 2kali hilang pekerjaan, ada degree ada diploma gaji juga dah stabil dah steady..Masa pertama kali, sy sendiri xyakin untuk hadapi kehidupan tanpa gaji bulanan suami..Tapi Allah maha kaya, dia dah ckp Dia xkan uji hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya..Alhamdulillah kali kedua berlaku, sy lebih ready..Dia menangis di tikar sejadah, dia buntu di uji 2kali..Saya letak tgn pd bahu suami sy, pandang tepat pd matanya..”Abg dah sampai masa untuk abg mula menjadi bos, dah sampai masa dah..” berbekalkan gaji terakhir, dia menukar haluan kepada bidang masakan..Alhamdulillah dia sudah mampu ada bisnes katering, dan inshaAllah minggu dpn dia akan memiliki sebuah sebuah cafeteria dan bakal menjadi bos..
Semoga bila sudah kaya dia xlupakan isteri yg makan sambil menangis bersama.. Fauzan Husaini.

Aliya Maisara – Bukan mudah bagi seorg lelaki tuk rasa putus asa dan meluahkan depan org ramai..pasti hebat tekanan yg dia alami..moga abg ni terus kuat n tabah mnghadapi ujian.

Ummi Fatih – Baca ni sy terus tnya suami saya
“Abi selama kita berumah tangga pernah tak abi putus asa?
suami kata : Belum lagi sambil menjeling dgn senyuman”
Alhamdulillahh smoga suami kita semua di mudahkan segala urusan mencari rezeki utk jalankn tanggung jwab sbgai ketua keluarga dgn baik.

Faizal Azmi – Kekuatan suami adalah dengan siapa wanita yg bersamanya. Ada hikmah kita diuji, Allah nk beri yg lebih baik dr yg kita ada skrgnie. Insyaallah.

Norhuda Hamid – Tggjwb n peranan seorg lelaki sbgai ketua kluarga trsgt lah berat .semoga stiap amal kbjikkn y mereka lakukan untk kluarga Allah bls dgn gnjrn phla y luas .Aamiin.

Di Caprio Lorez – semua org akan diuji tapi pada akhirnya kita tetap akan kembali kepada Allah..jdi lebih baik kita berusaha dan memperbaiki kelemahan diri..kita tak tau berapa lama lagi kita akan hidup di atas dunia ini sbb akhirat adalah kehidupan yg sbenar.

Yong Aida – Aku pernah tinggal 3 kupang jer min, tapi aku redho jer..hidup kita ade turun naik, rezeki pun ade pasang surut..terima jer bila diuji.

Maa Aunie – Aku pgi2 lgi tgk terus mngis.. Ya allh rindu nya kt arwah suami… Rasa tk puas jga mkn, minum dia waktu sakit.. Sedang kn tk pernh tggl dia.. Sampai dia hembus nafas terakhir.

Kredit : ustaz ebit liew via siakap keli.