Abby Abadi & Suami Tak Putus Doa, Harap Keajaiban dari Allah-“Baby Danial Dah 90 Peratus Bergantung Pada Mesin Untuk Bernafas,”

Abby Abadi & Suami Tak Putus Doa, Harap Keajaiban dari Allah-“Baby Danial Dah 90 Peratus Bergantung Pada Mesin Untuk Bernafas,”

Abby Abadi ada berkongsi sekeping foto syahdu yang merakamkan tangan kecil bayi pra-m4tang, Muhammad Danial Firman iaitu permata hatinya yang baru dilahirkan kira-kira 11 hari lalu.

Perkongsian yang dibuat menerusi Instagram itu nyata menjentik hati ramai, apatah lagi dengan kapsyen yang dibuat memberi bayangan terhadap bayi kecil yang dipanggil Baby D ini.

“Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah.

Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan dar4h Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok dar4h Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi.

Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah,” tulis Abby.

Bintang Gerak Khas ini turut memaklumkan, bayinya kini sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.

“Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada.

“Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia, berlinang airmata. Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby.

“Pendar4han, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas, maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial.

“Jadi mmg conditionnya sangat kritiikal bla bla blaaa. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc.

“Ya ALLAH. Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu, tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia, dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Abby serta suami tetap kuatkan hati dan tak putus berdoa mengharapkan keajaiban dariNya.

“Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya.

“Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti,” maklum Abby panjang lebar.

Abby terdahulu terpaksa melahirkan bayinya  ketika usia kandungannya mencecah enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembed4han pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun dar4h’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.

Abby mendirikan rumah tangga dengan suami, Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Antara komen netizen.

Paridah Hillaby – Semoga di berikan suatu keajaiban buat bby ini inshallah.Sesungguh nya tiada kuasa dan kekuatan kami hamba mu,melainkan engkau jua mempermudahkan.Aminnn.

Aza Nurul Syafiza– insyaAllah. semoga bby diberi kesihatan yg baik,dipermudahkan segala urusanya oleh Allah swt..Aamiin.

Ana – Terus kuat baby Danial ramai rakyat Malaysia yg mendoa kan kesihataan baby Danial…moga ada keajaiban yg ALLAH beri untuk c kecil ini agar terus bersama dengan ibu dan ayah nya dalam keadaan yang sihat..Aminn.

Wan Mohd Basree – sama2, doakan semoga Allah berikan keajaibanNya utk baby Danial terus bernafas utk melihat dunia.. sabar la sis Abby dan suami.

Mawar Putih – Ya tuhan berkatila baby D..berikanlah dia peluang untuk sembuh dan membesar seperti kanak kanak lain..bagilah dia peluang untuk teruskan kehidupan ini.

Inah Yanzi – Tak sanggup nk open link baca sepenuh nye… baca headline pon da rasa sebak dada moga dikau kuat anak syurga.

Ramai yg berkongsi kisah yg sama utk bg semangat pada Abby dan suami.

Elvy Anna – my grandchild lahir xsmpai 1kg,6bln pregnant..64hari guna mesin pnafasan..alhmdulilah skrg da 17bln,sihat..br pandai golek2 niarap..masih dlm rawatan & fisio..smoga Baby Danial dberi ksihatan juga….amin.

Musyafirah – Insyaallah…. Ada keajaiban dari Allah SWT.. ank sy pun mcm Abby.. lahir berat 549gm… Alhamdulillah…. Skrg dah umur 7thun dah…. Susu ibu tu penting… Jgn putus bg susu badan ya… Insyaallah… Sy dlu Smpai dok dlm nicu sb nk jga bby… Tiap 4jam msti pam susu… Bg bby… Sbar ya… Insyaallah smua nya selamat.

Jailawati – Slm , pernah trbaca khabar dr barat bayi yg lahir seoerti danial ni di letak n d tidur kn atas dada mama n papa nya , n alhamdulillah bayi trsebut sihat hngga skrng . Kita hanya mencuba , allah yg mengizinkan , aaminnn buat ank danial.

Foto: Instagram Abby Abadi, Faizal Zakaria

Sumber : newskini.