“Tular rakaman ceduk air longkang” Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

“Tular rakaman ceduk air longkang” Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

Seringkali apabila kita dan keluarga dalam suatu perjalanan atau keluar ambil angin bersama, gerai makanan adalah tempat yang dituju bagi mengisi perut yang lapar dan basahkan tekak yang haus. Antara kriteria gerai atau restoran yang dicari sudah semestinya yang memiliki tahap kebersihan yang memuaskan. Ini kerana, semua sudah sedia maklum, kesihatan akan terjejas kita kita tersalah makan atau mengambil makanan yang telah tercemar.

Baru baru ini telah tular satu rakaman video berdurasi 19 saat memaparkan aksi dua orang wanita yang menceduk air longkang di belakang sebuah gerai makanan dipercayai di sebuah daerah di negeri Johor. Akibat tularnya video terbabit, rata rata pengguna alam maya mula melontarkan kata kata yang tidak baik dan mempersoalkan tahap kebersihan di gerai berkenaan. Ada juga yang menyaran pelanggan yang pernah ke gerai tersebut mendapatkan pemeriksaaan kesihatan.

Air dari paip yang bocor

Namun setelah video terbabit tular, beberapa individu telah tampil mendakwa air yang diceduk itu bukanlah air longkang, tapi sebenarnya adalah air yang berpunca dari sumber air paip yang pecah. Namun begitu, memetik dari Harian Metro hari ini, tingkah laku berkenaan adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bersangkut paut dengan kesihatan pelanggan.

“Tular rakaman ceduk air longkang” Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

Memetik laporan dari sumber Harian Metro lagi, air berkenaan yang diambil oleh penjaja terbabit tidak terjamin kebersihannya dan jika digunakan untuk aktiviti seperti memasak dan mencuci pinggan dan peralatan memasak dibimbangi boleh mendatangkan kesan yang tidak baik keatas kesihatan pelanggan.

“Tular rakaman ceduk air longkang” Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

“Tular rakaman ceduk air longkang” Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

Rakaman video yang tular.

Rata pengguna yang mengikuti video yang tular ini telah memberikan reaksi yang pelbagai ke atas kejadian yang tular ini.
Antara komen dari pengguna alam maya;

“air yang keluar dari lubang tu kite bleh jamin ke saluran tu bersih.. sedangkn air terjun pun kadang2 boleh terkna air k3ncing tikus.. ini kan pulak dalam lubang tu.. baik elakkan je kalau tak pasti benda tu selamat ke tidak.. kalau tidak viral macam ni, rsenye smpai bila bila la orang x tau..”

“Kalu macam tu makanan jatuh ke tanah ambil semula sapu sapu kotoran jual makan kalu orang terpandang agak agak pembeli mungkin tok selere isisssh”

“X kisah bukn air apa pun klu paip pcah.repair la..air tu pun x bersih la walau dr paip pcah..perbuatan yg bole timbul f1tnah..”

“ambil air tu bayar bil tak? kalau ada tikus ke binatang apa ke duduk dalam lubang tu..bagi aku sori.. banyak lagi kedai lain …”

Sumber: Harian Metro, FB Viral.my

Sebagai seorang pelanggan, kita ada pilihan untuk memilih kedai mana yang patut kita pergi. Pilihlah dengan menilai tahap kebersihan gerai dan pekerjanya sekali. Ia penting untuk kita bagi mengelak dari kesihatan terjejas akibat dari sebab sebab yang tidak sepatutnya. Jadilah pengguna yang bijak. Bagi peniaga pula, sentiasalah memantau kebersihan premis anda. Percayalah, jika kebersihan dan mutu makanan sentiasa terjaga, pasti akan ramai yang pergi ke kedai anda. Dunia tanpa batas ini akan memudahkan sesiapa sahaja berkongsi di alam maya ini.

Jangan lupa klik button share dan like serta follow bagi lebih berita viral dan semasa di hujung jari anda.