Laki bini naik moto dari Kelana Jaya ke Melaka bawa anak kecil plak tu.

Laki bini naik moto dari Kelana Jaya ke Melaka bawa anak kecil plak tu.

Setiap pasangan suami isteri pasti akan diuji dugaan dari pelbagai segi. Saat itu, kita akan dapat melihat siapa yang mampu bertahan atau sebaliknya. Jika gagal menempuhi dugaan ini, pasti ada yang akan memilih jalan perpisahan.

Tetapi tidak bagi pasangan ini yang sanggup susah senang bersama. Walaupun terpaksa menunggang motor dalam hujan, mereka tetap tabah mengharungi keperitan hidup bersama. Apa yang lebih menyedihkan, pasangan ini bersama seorang anak kecil sebenarnya dalam perjalanan berpindah ke Melaka. Sebaknya.

Anak kecil dikendong isteri atas motor

Laki bini naik moto dari kelaja jaya ke melaka bawa anak kecil plak tu.

Story 1 Petron Sungai Besi.
Ada baby, hujan lebat sebelum Tol Sungai Besi, mungkin nak balik Melaka sebab no. plate melaka. Ya Allah, permudahkan urusan abg dan akak ni serta murahkanlah rezekinya.. Aminn..

Story 2 susur selepas Kajang arah Selatan.
Hati rasa bersalah sangat kalau tak tumpangkan, kejar punya kejar jumpa balik family ni atas highway tengah berhujan lebat. Kesian betul tengok anak kecik yang dikendong si isteri. Terasa bergenang air mata terbayang kot kita dekat situasi mereka. Saya turun tingkap tanya dekat abang tu.

Tumpangkan sampai Melaka

Saya : Nak saya tumpangkan tak? Kebetulan saya nak ke melaka, saya jerit dari dalam kereta.
Abang Lan : Okay takpe, boleh ini.
Saya : Paksa lagi ‘Kesian dekat anak tu bang berhujan lebat ni’ Abang tu mula setuju berhenti tepi highway, abang nak ke mana?.
Abang Lan : Nak balik ke Jasin, exit Tol Ayer Keroh.
Saya : Kebetulan memang nak ke melaka dan exit Ayer Keroh, deal dengan abang tu nanti kite jumpa di plaza Tol Ayer Keroh saya bawakkan dulu isteri dengan anak abang. Jelas nampak kelegaan muka abang tu anak dan isteri dah tak berhujan.

Pindah dari KL ke Melaka

Laki bini naik moto dari kelaja jaya ke melaka bawa anak kecil plak tu.

Dah orang tak bagi kami duduk situ terpaksa la kami pindah ke melaka. Nk cari rumah sewa lain mahal tak cukup duit. Kami pindah dulu duduk dengan keluarga abang Lan.

Tinggal serumah dengan mak ayah di Kelana Jaya

Laki bini naik moto dari kelaja jaya ke melaka bawa anak kecil plak tu.

Selidik punya selidik sebelum ni tinggal serumah dengan mak ayah di Kelana Jaya. Taknak cerita lebih dekat sini tapi kesian dekat anak yang masih kecik dah kena pindah randah. Anak dia pon hampir sebaya dengan anak sendiri. First time kata akak tu keluar dari rumah keluarga dan duduk dengan suami.

Nampak jelas raut wajah sedih akak tu. Banyak termenung dalam kereta. Anaknye pon baik, rupa pon elok sempat mintak salam sebelum naik moto dengan bapaknya. Nampak pon cerdik, abang doakan adik berjaya dunia akhirat.

Lega rasa dapat tumpangkan akak dan anak dia tadi. Hujan memang lebat dari KL ke Melaka hampir sepanjang perjalanan. Tak boleh nak bayangkan kalau abang Lan tak setuju untuk tumpangkan anak dan isteri dia tadi. Saya doakan abang Lan dan akak dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia serta akhirat.. Aminn.. Insya’allah

#muhasabahdiri

Antara komen netizen.

Hasrizan Jasni – Semoga dipermudahkan segala urusannya dan kita dan diakhiri segala urusan dgn kebaikkan dan kejayaan serta kegembiraan…

Asmadi Zainal – Alhamdulillah bro, semoga Allah balas jasa baik bro..semoga dipermudahkan urusan abg lan dan keluarganye..amin.

Amila Adnan – Sebak baca kisah ni, moga Allah SWT permudahkan segala urusan bro Khairi Kahar dan abg lan sekeluarga.

Mohd Firdaus – Allahu.. terima kaseh tuan, kalau bukan kita yang bantu saudara kita, siapa lagi yang nak membantu.. moga allah mudahkan urusan tuan.

Mazlah Ila – Salam..dik..ada nombor x family tu…saya nak bagi tinggal rumah mak saya di Durian Tunggal…..suami saya orng Jasin juga.

Hiezya – Allah, sedih ye.kesian baby dan keluarga ni. Terima kasih lah tumpangkan baby dan akak ni. Semoga Allah balas jasa baik Khairi Kahar.

Sumber : Khairi Kahar