Ini perkembangan terbaru Zamani yg mngejutkan selepas berkawin. Seri pengantin tak hilang lg.

Ini perkembangan terbaru Zamani yg mngejutkan selepas berkawin. Seri pengantin tak hilang lg.

Vokalis kumpulan Slam, Zamani, mengakui kehidupannya kini lebih bermakna dengan kehadiran isteri, Nur Juliana Abdul Rani, 36, yang dikahwini pada 20 September lalu.

“Alhamdulillah, semuanya bagus. Makan dan pakai saya terutamanya pakaian show terjaga sekarang.

“Status Juliana masih lagi sebagai pengurus peribadi saya. Dia akan jaga dari sudut peribadi iaitu penampilan saya.

“Saya dah tak perlu fikir semua ini sekarang dan serahkan kepadanya untuk buat yang terbaik,” katanya.

Zamani berkata, mereka juga tiada masalah untuk membentuk persefahaman dan menyesuaikan diri kerana sudah saling mengenali selama 14 tahun.

Pasangan pengantin baru itu juga akan mengerjakan umrah pada 30 Oktober dan pulang awal November.

Selepas itu, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan buat keluarga dan rakan, pihak media serta peminat.

Dalam perkembanga lain, selepas lebih dua minggu berehat Zamani akan membuat kemunculan pertama di khalayak ramai menerusi showcase solonya yang akan berlangsung di Uncle Chilli’s, Hilton PJ, Petaling Jaya pada 6 Oktober nanti.

“Saya memang berdebar menanti respons peminat terhadap persembahan ini.

“Ia adalah penampilan pertama saya selepas bergelar suami dan tak dinafikan perasaan saspens memang ada.

“Persembahan saya akan diiringi oleh pemuzik undangan dan kami sudah mula berlatih sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Tiket untuk menonton persembahan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu RM88 dan RM148 (termasuk sesi meet & greet) dan boleh ditempah menerusi airasiaredtix.

Artikel berkaitan..Sebelum Zamani Dinikahkan, Dia Pergi Ke Kedah Utk Berjumpa Seorang Ustaz Dan Ini Yg Dia Terima.

Tahniah kepada Zamani dan Juliana kerana diijabkabulkan dan Zamani menjadi suami yang sah dengan satu lafaz. Rata rata ramai yang terkejut dengan berita tersebut kerana tiada angin atau desas desus bahawa Zamani akan menamatkan zaman bujangnya pada 20hb.

Zamani juga memohon ampun kepada semua orang termasuk pihak media kerana tidak memberitahu tetapi akan menjemput semua pada majlis resepsi mereka nanti.

Zamani juga berhasrat untuk membawa isteri beliau menunaikan umrah bersama dan ini salah satu sebab kenapa majlis pernikahan perlu dijalankan cepat.

Tetapi ada yang tidak tahu apa yang terjadi sebelum Zamani berani untuk masuk meminang Juliana dan siapa Juliana di mata Zamani sebenarnya.Jom Baca.

“USTAZ yang ditemui menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama.

“Dia turut menasihatkan yang mana boleh dibaiki, saya kenalah baiki,” demikian kata penyanyi Zamani Slam yang menyambut baik saranan itu apabila membuat pengumuman akan bertunang pada 15 Jun lalu.

Pengumuman mengejut berkenaan hasratnya itu dengan gadis bernama Nur Juliana Abdul Rani dibuat di depan peminat pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani anjuran syarikat miliknya, ZIME Production di Ampang.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 48, berkata, pada Ramadan lalu, dia pergi ke Kedah selama dua minggu untuk berjumpa ustaz itu atas urusan peribadi.

“Kesempatan bertemunya inilah, saya menjelaskan sudah lama berkawan dengan gadis itu dan minta pendapatnya.

“Sudah lama saya berhasrat nak tamatkan zaman bujang dan bergelar suami kepada Juliana tetapi belum ada keyakinan yang cukup kuat.

“Alhamdulillah, kata-kata ustaz ini benar-benar meresap dan memberi kesedaran kepada saya untuk bertekad melakukannya (berkahwin),” katanya kepada Harian Metro.

Zamani yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang bagaimanapun enggan memberitahu tarikh sebenar pertunangan itu dan hanya bersedia mengumumkannya apabila tiba waktunya.

Zamani sudah lama mengenali Juliana atau Julie yang turut bertindak sebagai pembantu peribadinya.

Bahkan wanita itu sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani menyertai program Gegar Vaganza 5.

Dia juga antara individu yang kuat memberikan kata-kata semangat apabila Zamani berdepan masalah dalam kariernya.

Zamani Akhirnya Beritahu Sebab Kenapa Dia Ingin Cepatkan Majlis Pernikahan Dia Dengan Juliana.

DENGAN sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, dia meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” katanya.

Ini perkembangan terbaru Zamani yg mngejutkan selepas berkawin. Seri pengantin tak hilang lg.

Zamani turut berjanji akan memberi butiran lengkap majlis akad nikah itu beserta gambar kepada Harian Metro pada jam 11 malam, namun sehingga kini dia gagal dihubungi kerana telefonnya dimatikan.

Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Mereka juga pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

Sementara itu, Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mereka mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.

Sumber : HMETRO ONLINE.

Gambar Kredit: IG peveyhackproduction
Sumber: astrogempak.