Momen tangisan kegembiraan selepas 13 tahun menunggu hamil undang sebak

Momen tangisan kegembiraan selepas 13 tahun menunggu hamil undang sebak

Menanti detik kehadiran cahaya mata merupakan momen yang diimpikan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Namun tidak semua mendapat rezeki kehamilan di awal perkahwinan. Ada yang menanti bertahun lamnya sebelum saat yang ditunggu kunjung tiba.

Menerusi Instagram Dr Tokha Muhammad, beliau berkongsi video kejutan yang dilakukan olehnya terhadap seorang wanita yang menanti kehadiran cahaya mata pertama sejak 13 tahun yang lalu. Berkat usaha dan rawatan yang dilakukan, wanita tersebut kini disahkan hamil. Sebaknya!

Kami sengaja tidak memberitahunya

Menurut pakar 0bstetrician dan Gynaec0logist itu, wanita tersebut memulakan rawatannya 24 hari yang lalu. Hasil daripada rawatan yang dilakukan, wanita tersebut disahkan hamil selepas 13 tahun penantian.

Berita gembira itu sengaja dirahsiakan pada awalnya oleh doktor Thokha kerana ingin melihat reaksi wanita tersebut. Ternyata kejutan yang dilakukan mengundang sebak buat wanita tersebut dan juga netizen yang menyaksikan video itu.

Another happy couple

Selain daripada wanita tersebut, Dr Thokha juga berkongsi video kejutan yang dilakukan terhadap beberapa pasangan suami isteri yang lain. Paling menyedihkan, video pasangan suami isteri berbangsa Cina ini. Mereka kelihatan berdebar-debar menanti jawapan mengenai berita kehamilan yang ingin disampaikan.

Sebaik sahaja mengetahui bahawa mereka akan menimang zuriat, pasangan tersebut kelihatan menangis dan sebak melihat keputusan tersebut.

Terpacar wajah kegembiraan di wajah kedua mereka selepas melihat hasil ujian UPT yang ditunjukkan oleh Dr Thokha

Aku pun menangis

Momen tangisan kegembiraan selepas 13 tahun menunggu hamil undang sebak

Ya Allah terharunya

Momen tangisan kegembiraan selepas 13 tahun menunggu hamil undang sebak

Rata-rata netizen yang lain turut meluahkan perasaan terharu mereka selepas melihat video tersebut. Menurut netizen, doktor tersebut sangatlah baik dan cara dia melakukan kejutan buat setiap pasangan sangat mengundang sebak.

Mas Adiba -Sy yg tngu slama 8bln je pun mnangis sebak bila first time p check kat klinik positif.. Inikan pulak slama 13tahun menunggu.. Allah Maha Mendengar.. Alhamdulilah..Penantian yg lama.. Tahniah sis..

Liza Sally – Ya Allah terharunya…. Mcm tula sy ketika dpt tahu kehamilan pertama setlh hampir 7thn menanti.. Skrg hampir 12 thn usia perkahwinan alhamdulillah dikurniakan 2org hero. 1perempuan tp dah kat syurga.

Sumber: Dr Thokha dan Yiyieen via Ohbulan

Buat mereka yang masih menanti, jangan berputus asa. Semoga apa yang dihajati nanti dikurniakan tuhan.