Aku mula buka hati utk lelaki selepas 24 tahun, namun bermacam yg cuba dekat yg kaki bong laa kaki clubbing tu paling geram, dia blh tanya aku pernah ringan-ringan tak sebelum nie.

Aku mula buka hati utk lelaki selepas 24 tahun, namun bermacam yg cuba dekat yg kaki bong laa kaki clubbing tu paling geram, dia blh tanya aku pernah ringan-ringan tak sebelum nie.

Assalamualaikum kepada pembaca IIUM Confession. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau confession aku disiarkan. Tujuan confession ni dibuat cuma untuk aku luahkan perasaan aku, dan mungkin boleh jadi ikutan gadis-gadis atau wanita lain..Aku Nina, berusia 27 tahun dan bekerja dalam bidang professional di ibu kota. Cerita aku nak kongsikan dekat sini adalah perjalanan hidup aku dalam mencari jodoh..Setahun lepas, setelah 24 tahun aku hidup, kali pertama Allah bukakan pintu hati aku untuk lelaki. Ya, selepas 24 tahun hidup single tanpa pasangan, aku jatuh hati dengan seorang lelaki bernama Arif.Perkenalan kami bermula di game Mobile Legends. Dari game berpindah ke facebook, ke whats app sampailah bersua muka. Aku cukup bahagia dengan dia, Arif sentiasa ambil berat pada aku dan selalu tunaikan permintaan aku. Cuma, aku dengan Arif ibarat langit dengan bumi..Arif muda 3 tahun dari aku dan masih belajar di utara Malaysia. Setelah setahun kenal Arif, banyak tentang dia yang aku tahu dari sisi buruk sampai lah ke sisi baik. Walaupun dia baik dan selalu melayan aku dengan baik, rajin jemput hantar aku balik kerja & pertemukan aku dengan ibu dia, dia tetap bukan yang terbaik untuk aku.

Walaupun aku sangat sayangkan Arif, aku ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan dia. Sukar untuk aku putuskan, jadi aku ambil langkah dengan buat dia rimas, naik marah dan dia sendiri lepaskan aku, untuk masa depan aku..

Setelah beberapa bulan aku merawat hati, aku ditemukan pula dengan Zack melalui facebook. Umurnya sebaya dengan aku. Walaupun cara layanan aku pada Zack agak kasar, Zack tetap sabar dengan aku. Aku fikir mungkin Zack lah peneman hidup aku. Tapi malangnya, sekali lagi aku terpaksa menolak Zack.

Sikap Zakri yang ‘open’ tentang masa lalunya, buat aku jadi takut. Pernah aku ajak Zack solat, dia menolak atas alasan selama ni dia tak solat. Aku cuba menasihati dia, tapi macam itu saja lah. Zack serius nak jadikan aku teman hidup dia, tapi aku tak boleh terima lifestyle dia yang sebegitu..

Zack time dapat gaji, dia akan enjoy habis habisan dekat club, minum arak, dan cari perempuan. Zack sendiri berterus terang dengan aku. Bila aku bagi hint seakan-akan minta dia berubah, dia hanya cakap “entahlah”.

Pada mulanya aku senang berkawan dengan dia, sebab bagi aku Zack pendengar yang setia dan boleh dijadikan teman bercerita. Personal life dia, aku tak masuk campur sebab niat aku cuma nak berkawan. Sampai lah satu hari aku rasa Zack melampaui batas.

Nauzubillah, maafkan aku Zack atas keterlanjuran aku berkata.. Masa itu aku sangat marah sebab aku rasa terhina dengan soalan Zack, ditambah dengan kata-kata Zack yang dia senang je nak rebahkan aku macam perempuan lain..

Disebabkan itu, aku terus block Zack dan pada masa yang sama, Pengurus Projek di tempat kerja aku hantar anak buah & kawan sekerja aku untuk merisik aku jadi isteri ketiga.. Aku namakan beliau Hasnan. Pada mulanya aku tolak mentah-mentah, dan akhirnya Hasnan sendiri datang bersua muka dengan aku dan ajak aku kahwin.

Untuk pengetahuan readers, Hasnan ni dah melewati 40 an, tapi tak nampak macam 40-an langsung.. Tinggi lampai, berkulit cerah & sejuk mata memandang. Ikutkan hati tak waras aku, aku nak terima Hasnan walaupun jadi isteri ketiga. Sebab apa?

Sebab kewangan Hasnan yang stabil, tambahan pula sejak kali pertama Hasnan dipindahkan ke tempat kerja aku, aku terminat dia walaupun aku tahu dia mesti dah berkeluarga. Minat pun setakat itu je, sikit pun tak pernah aku chat, keluar makan ataupun apa saja. Malah kalau terserempak pun, aku buat-buat tak nampak.

Disebabkan Hasnan dah berkeluarga, aku dengan lembut tolak ajakan dia untuk berkahwin. Sampai ke hari ni, Hasnan masih lagi berusaha mendapatkan aku. Berbalik kepada cerita tadi, selepas saje aku tolak Hasnan, aku rasa ada sesuatu beban dalam hati aku, aku rasa tak bersemangat nak pergi kerja dan aku tak ada motivstion langsung. Mungkin dah tiba masanya aku bercuti, kata hati aku. Jadi, aku apply cuti selama 3 hari dan bawa diri ke Thailand..

Dalam perjalanan ke sana, kebetulan aku duduk di sebelah lelaki Thai bernama Haay di dalam bas. Haay boleh berbahasa Melayu & Thai sebab dia berasal dari Sg. Kolok. Disebabkan Thailand merupakan percutian pertama aku di luar negara, aku agak ‘blur’. Mujurla ada Haay yang bantu aku. Kebetulan Haay pun nak bercuti ke tempat yang sama dengan aku.

Perbualan selama 8 jam perjalanan buatkan aku rasa ada chemistry antara kami. Haay berusia 27 tahun, iaitu muda 2 tahun dari aku. Akhirnya kami bersetuju untuk travel bersama-sama. Urusan check in aku pun Haay yang uruskan dan selepas itu dia bergerak ke hotel dia pula, dalam 500 meter dari hotel aku.

Selepas bertukar nombor whats app, aku dan dia berjanji untuk bertemu di hotel aku keesokan harinya dan berjalan la kami di bumi Thailand selama 5 hari 4 malam bersama-sama.. Dari makan, shopping, ke pantai, ke theme park, semua ditemani Haay. Boleh dikatakan 90% itinerary yang aku siapkan, Haay tunaikan. Aku akui, aku sangat menyenangi sikap Haay yang rajin membantu, sopan dan hormati aku.

Aku akui, aku jatuh hati pada Haay dan aku yakin Haay juga merasakan benda yang sama atas kata-kata pemandu tuk tuk kami..Hari terakhir aku di Thailand, Haay belikan tiket kereta api untuk aku dan dirinya. Aku beli tiket ke padang besar dan dia beli tiket ke sungai kolok. Berpisah lah kami di situ.

Aku masih ingat pandangan Haay kali terakhir pada aku sebelum kami bawa haluan yang bertentangan, redup matanya dan aku nampak riak sedih di wajahnya, sama seperti aku. Namun, kami berjanji akan berjumpa di Jogjakarta 2 bulan akan datang..

Sepanjang perjalanan kami saling berwhats app, dan saling menghantar gambar. Aku minta facebook Haay untuk aku add, Haay dengan senang hatinya bagi nama facebooknya. Setelah ‘search’ di laman facebook, aku hairan facebook profile Haay sangat private. Hanya ada dua gambar, yang ada dalam 20-40 likes.

Disebabkan jumlah likes yang banyak bagi aku, tak ada apa yang mencurigakan. Boleh dikatakan hari-hari aku stalk facebook Haay untuk lihat posting terbaru dia sampai lah aku malas dan biarkan saja.. Tapi, aku tetap reply chat dan whats app Haay..

Satu hari, aku termimpi sesuatu tentang Haay dan aku cepat-cepat bangun dan stalk facebook dia. Tapi masih sama, tiada apa yang berubah. Aku tak puas hati, aku stalk satu-satu pengelike gambar Haay. Tapi aku cukup kecewa bila aku jumpa profile seorang perempuan namanya bertulisan Thai, bergambar bersama Haay disamping 2 orang kanak-kanak lelaki..

Ya, Haay sudah berkahwin dan punya 2 orang anak.. Dalam kecewa, aku bersyukur sebab Allah tunjukkan aku kebenaran seawal ini.. Isteri Haay sangat cantik, padan lah dengan Haay yang ada rupa..

Aku tak salahkan Haay, mungkin dia pun tak nak perkara ni berlaku. Dan melihatkan gambar-gambar yang di upload isteri Haay, mereka hidup agak bersederhana.. Berumah kayu, duduk di kawasan kampung, dan pakaian isteri dan anak-anaknya biasa saja.. Tapi, senyuman yang isteri Haay ukir bila dia bergambar dengan Haay dan anak-anaknya tadi, cukup buatkan aku sebak.

Apa lah perasaan isteri dia kalau tahu setiap hari Haay berwhats app dengan aku, dan ucap rindu pada aku. Aku minta maaf, isteri Haay. Sesungguhnya muka Haay yang muda dan gaya seperti orang bujang langsung tak buatkan aku fikir kalau dia sebenarnya milik orang lain..

Disebabkan itu, aku undur diri. Aku tak nak jadi penyebab seorang isteri kehilangan senyuman, aku tak nak anak-anak kehilangan kasih sayang seorang ayah.. Aku jauhkan diri dari Haay walau Haay masih kerap whats app aku. Cukup lah hanya aku seen, aku tak nak block sebab aku tak nak ada persengketaan antara aku dengan dia, cukup lah dia beranggapan yang aku dah tak berminat.. Nanti lama-lama dia pasti akan putus asa.. Doakan aku kuat guys.

Aku ingatkan pergi bercuti dapat merawat hati, tapi makin parah jadinya hahaha. Tapi aku percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Tak salah untuk kita memilih, tapi kita kena ukur baju di badan sendiri.. Aku tahu fasa bercinta ni semuanya best, tapi please waras untuk masa depan kita.

Jadi, mana yang belum kahwin macam aku chill-chill je guys. Aku fokus nak happykan diri aku dulu je, mana yang ada family tu happykan lah family sekali ok.. Bab jodoh ni, serahkan lah pada Allah.

Kalau lelaki/bf yang ada sekarang ni tak mampu pimpin kita ke syurga, ataupun kita risau kita yang akan menderhaka, jangan lah diteruskan.. Jangan tutup mata sebab sayang.. Jangan tunggu lelaki lepas kahwin baru nak berubah, sesungguhnya nasib kita semua tak sama..

Yang penting, kita perempuan kena berdikari dan jangan jadi lemah sebab cinta makhluk Allah bernama lelaki.. Jadilah perempuan yang bijak & waras dalam bercinta, tanpa menyakiti sesiapa..

Ramai yang bersetuju dan menyokong confessor.

Faizah Faizah – terbaiklah confessor…guna akal fikiran bijak utk berfikir…semoga Allah permudahkan urusan jodoh awak.

R’dze Wed – Salute confessor. Kuat iman, tdk ikut rasa nafsu dan cinta, mampu buat keputusan yg terbaik dan tdk melukakan hati perempuan lain. Semoga terus kuat, tdk stress dan bertemu jodoh terbaik utkmu.

Coffee Been – Dek..akak takda nak kata apa. Dari mula akak baca akak nak bagi markah terbaik kat adek. Tahniah. Semoga allah dengar dan makbul doa² adek.

Aznur Zulaikha – Setuju sangat.. Sementara masih boleh memilih,pilihla sebaik²nya.. Jgn terlalu berharap lelaki boleh barubah lepas kawen. Semoga tt dipertemukan dgn jodoh yg baik.

Cik Awan – saya percaya setiap prempuan x sama, ada prsaan cpt suka pd llaki itu normal, sbb kita bniat baik nk cri psangan hidup tp Allah maha mngasihani, maha hebat – kalau Allah kata llaki tuh bkan milik kita bt mcmna pun, bdoalah bbulu pun, klu bkn milik kita … Allah takkan izinkan berlaku apa yg x baik pd kita malah Allah mnyelamatkan kita dri pkara yg sia2. Sbb tuh nk bkawan, nk cri psngan kna ada niat dri situ Allah iringi pjlanan jodoh kita. Pcayalah setiap pncarian psngan pasti ada liku2 serta hikmah smpi satu saat kita kata sorg2 … Ya, Allah kau pelihara aku yg dri llaki tuh, tkasih sngguh pngetahuan kau lebih luas dri aku. waktu kita waras x tselit dgn rsa cinta kita akan sedar pbuatan kita, cara kita x betul sbnarnya. tp bila kita dh ikhtiar tp xdak bserah sja pd Allah, mybe kita letak hati, harapan tlmpau bnyak pd manusia bbnding Allah. wallahua’alam.

Nura Adresia – yupp.. pilih
untuk bahgia.. watpe
nk jebakkan diri ngan masalah.. kecuali kite rase kite blh hadap.. Tapi betul ke kite blh hadap???.. Bt pilihan yg penting mntak petunjuk dr Allah.. kdg sendiri tu pun bkn satu bende yg tak baik.. Terpulang pade diri masing2 nk hidup mcm mane.

Jalilah Lee – Sya baca sampai habis. Betul kita berhak memilih. And nice wordd masih ramai lg yg menjaga kesucian diri. Lelaki tu ckp mcm tu sbb dia dah terbiasa dikelilingi oleh perempuan yg peel sama mcm dia. Takpe kita jaga diri. Jodoh dtg kemudian, insyaAllah yg baik2.

Fasya Miaammar – Selalu “benda” kalau dicari mmg payah nak jumpe.. Cube kite x fokus nk cari “benda” tu.. Tetibe je ade dpn mata kan.. Sme mcm jodoh jugak. Tak perlu terlalu fokus mencari, sbb jodoh tu akan dtg sendiri bila tiba masanya.. Semoga tt sentiasa gembira dgn kehidupan sekarang dan berbahagia bila bertemu jodoh yg soleh.. Amin.

Mona mad zaid – Kita boleh pilih pasangan kita. Tapi anak2 tak boleh pilih siapa bapanya. Bagus confessor. Teruskan berdoa agar Allah hadirkan pasangan dunia akhirat yang terbaik buat sis.

– Nina (Bukan nama sebenar) via iium.