Selepas laki pertama tiada, mulalah kisah hidup aku dgn laki baru, tarik rambut saat aku tgh sarat

Selepas laki pertama tiada, mulalah kisah hidup aku dgn laki baru, tarik rambut saat aku tgh sarat

Hai dan salam semua.. Aku rindu sangat2 dengan arwh suami aku. (dah 7 tahun dia pergi) Tahun lepas aku bekahwin bunting pelamin. Sebelum aku berkahwin suami baru aku rajin berusaha untuk menjadi kan aku yang halal. Kami becinta sekejap sahaja dalam berapa bulan Terus tunang dan dalam masa terdekat terus nikah.Aku ada 4 orang anak dan baru berapa bulan bersalin anak no 5 (anak suami baru) .Bermulalah kisah malang aku dan anak2. Suami aku yang baru ni seorg yang panas baran. Dari aku mengandung sampai sekarang aku dipkul, dihina, dimaki, dicerca termasuk anak2 aku. (tapi dia tidak berani memukul anak2 aku just marah2 je. (sebab aku akan pertahan kan.. Apa yang aku buat semua ye salah, semua yer tak kena, aku sering dimaki hamun.

Yer aku bod0h sebab berkahwen dengan dia aku tak keje tapi segala keperluan dirumah dan anak2 semua yer aku tanggung… aku ada side income lain boleh la dalam 2k sebulan rumah, kereta semua dah ada.

Suami aku hanya basuh kaki masuk rumah kami sahaja. Dia seorang ayah yang baik untuk anak dia tapi bukan untuk anak2 aku. Bila anak nangis cepat2 dia suruh aku nyusukan tidak kirala waktu itu aku tengah sibuk memasak atau apa2 sahaja yang penting aku kene dahulu kan anak bila dia nangis.

Bagi dia aku adalah isteri yang tidak boleh melawan kata dia langsung. Walau sepatah, walau benda tu tidak betul. Bagi dia seorang isteri itu mestilah taat segala perintah dia. Kadang2 aku jadi fobia, hatta dia tengah mandi, aku terasa dia memanggil aku cepat2 aku tinggalkan kerja terus mengadap dia.

maksudnya dia dah biasa jerit2 kat aku. Bagi dia aku kene sepantas kilat sahut panggilan dia kalau tak memang dimaki ye aku. Hari2 aku seperti biasa. Sentiasa menangis. Pagi2 aku kejut dia bangun habis aku dihambur ye kalau nasib aku tak baik memang kene sepak la aku.

Tengah hari dia balik keje untuk rehat kalau mood dia baik elok la dia layan aku kalau tak kene lagi aku dimaki ye tanpa apa2 sebab. Bila malam pun sama selalu dia marah2 aku bila makan. Kalau dah kene marah memang tak lalu aku nak makan. Kalo aku tak makan memang botol air la hinggap kat muka.

Masa aku mengandung lagi la dia tarik rambut aku dan diheret aku di jalan tapi bila anak ni keluar itu la yang kau sayang2 Sampai kan anak tu tercakar kuku dimuka pun aku dijadikan mngsa kesalahan. Kalau diikut kan banyak benda aku nak ceritakan.

Cuma disini aku harap aku akan keluar dari rumah ni walaupun ini rumah aku n anak2 aku nak bawak anak2 aku jauh dari sini, jauh dari dia. Jauh dari keluarga (kenapa keluarga. Bila ko hidup susah kau akan tau macam mana keluarga kau)

Tapi aku tak ade duit nak buat semua tu sekarang. Kalau aku pergi aku kene sewa rumah. Rumah nak kene bayar deposit bagai. Belanja lain2 lagi.

Memang kene banyak modal.. Tapi aku usaha juga dalam masa terdekat ni.. Sebab aku betol2 tak tahan. Dia bukan setakat kaki pkul. Dia juga ada amik barang (batu), malas kerja (walau gaji semua bagi aku tepi belanja untuk diri dia je lebih dari gaji dia. aku pulak kene topup) Suka main game keluar lepak rumah kawan sampai berejam2 Suka video call msg wasap wechat s3ks dengan pompuan lain.

Dia tak pernah tau pun apa yang jadi dalam rumah. Aku kene buat semua. Walau kete rosak tepi jln aku kene usaha sendarii. Bayangkan aku tengah sarat mengadung dia suh aku tukar gas. Mesti ramai yang tertanya kenapa tak minta cerai. Dah banyak kali. Tetap dia tak lepaskan sampaikan dia ugut parang dileher anak aku.

Dan dia tak kan bagi anak aku yang last ni untuk aku amik memang dibunh ye aku.. Jadi kami ber 5 terpaksa betahan untuk yang sorang ni. Aku tak sanggup nak bagi dia jaga. Susu pampes pun dia tak penah amik tau nanti macam mana kalau anak ni dengan dia. Mqti kelaparan aku rasa. Jadi kami terpaksa betahan. Doakan aku cepat2 bawak anak2 aku semua keluar dari nerqka dunia ni.. Aku tak kisah walau digantung tak betali. Janji aku dengan anak2 jauh dari dia..

Antara komen netizen.

Mazenismo – Seblom lari
..lock semua pintu blakang , pintu depan…manga tukar baru, bag kain baju die letak kat luar,kasih nota ringkas, jgn ckp bnyak..hilang kan diri…dan pergi makamah dan mtk cerai..baik2 ddk dgn ank selepas suami meningal sibok nk kwen lagi, last2 pe ko dpt jgn bodoh tgalkan umah dgn suami yg baru nie, jgn mengalah, kite ada undang2 dlm negeri nie.

Lenah musiran – Kan itu rumah kamu kenapa perlu keluar. Kalau dia pukul dan ugut kamu..pergilah report polis. Bawa surat doktor. Lagi senang sebab dia ambik barang..pergi pejabat agama mtk nasihat atau failkan cerai. Bertindak sebelum terlambat..

Hjh Rosnah – Kalau ambil benda terlarang..pej agama senang urus cerai.

Ruby mokhtar – Apa punya jantan,tk guna dbuat laki lebeh baik dia mampus je buat apa nk tunggu lgi. Buat polis report jgn diam je.

Masitah Bahrin – Tinggalkn dia.
Gi mahkamah. Kmu pon ada pendapatan. Bgi bukti2 kmu di dera. Jumpa Doc.

Kredit utusan viral.