Doktor disrang bekas suami selepas perbicaraan mahkamah, dahi bapa berjahit

Doktor disrang bekas suami selepas perbicaraan mahkamah, dahi bapa berjahit

“SAYA akan sedaya upaya cari keadilan di dunia, keadilan di akhirat biarlah dia tanggung sendiri”.Demikian kata seorang lelaki warga emas, Abdul Rahim Hashim selepas video dia dan anak perempuannya yang dibelasah bekas menantu baru-baru ini tular di media sosial.Bercerita kepada mStar, Abdul Rahim berkata dia tidak menyangka bekas menantunya itu tergamak memukul dirinya dan anak perempuan sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.“Saya sendiri luka di bahagian dahi dan menerima tiga jahitan, selain rahang berasa sangat sakit akibat hantukan kepalanya.

“Sementara itu anak perempuan saya yang juga bekas isterinya turut dipukul tanpa rasa bersalah sehingga luka di kepala selain badannya lebam-lebam akibat dipijak-pijak,” katanya.

Abdul Rahim mendakwa, anak perempuannya, Dr Siti Nur Hidayah sebenarnya sudah lama menjadi mangsa sikap ganas lelaki tersebut.

Kami sebenarnya sangat takut dan trauma, bimbang dia lakukan perkara yang tidak diingini. Apa yang dia lakukan kepada kami selama ini, sampai mati saya takkan maafkan. ABDUL RAHIM

“Sebelum ini, anak perempuan saya dikasari malah dicekik ketika mereka bergaduh. Isteri saya yang menyaksikannya juga tidak terkecuali menjadi mangsa sikap ganasnya.

“Apabila mereka bercerai, sikap ganas itu makin teruk. Bukan saja anak perempuan saya saja jadi mangsa, malah kami sekeluarga turut diganggu.

“Pernah dia langgar pagar rumah saya, curah air Milo ke muka saya,” dakwa Abdul Rahim.

Dalam video yang viral baru-baru, kedua-dua beranak itu diserang ketika dalam perjalanan pulang dari mahkamah.

Doktor disrang bekas suami selepas perbicaraan mahkamah, dahi bapa berjahit

Posting di Facebook Dr Siti Nur Hidayah mengenai isu yang viral dan gambar tayar keretanya (kiri) yang ditoreh ketika menghadiri perbicaraan mahkamah baru-baru ini. 

Difahamkan, lelaki itu bertindak sedemikian ekoran rasa tidak puas hati berkaitan hak penjagaan anak yang sedang dalam proses perbicaraan mahkamah.

Susulan penularan video tersebut, lelaki berkenaan kemudian ditahan untuk membantu siasatan namun dia dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

“Kami sebenarnya sangat takut dan trauma, bimbang dia lakukan perkara yang tidak diingini. Apa yang dia lakukan kepada kami selama ini, sampai mati saya takkan maafkan.

“Tapi kami tetap akan sedaya upaya mencari keadilan di dunia. Untuk pihak di sana, ikutlah proses keadilan seperti yang sepatutnya. Jangan disebabkan dendam, kamu sanggup bertindak kasar.

“Dengan viralnya perkara ini, saya harap pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan agar tidak berlaku kepada orang lain,” katanya sebak.

Serah TPR kes lelaki belasah isteri, mentua

KERTAS siasatan kes lelaki membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh, 4 September lalu, diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

“Ia (kertas siasatan) akan dirujuk kepada TPR untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan suspek bukan lagi kakitangan di hospital berkenaan.

“Merujuk kepada beberapa berita disiarkan dan tular di media sosial mengenai kes seorang lelaki yang dikaitkan sebagai kakitangan HCTM UKM, mencederakan bekas isteri dan bapa mentua, kami ingin memaklumkan bahawa lelaki itu sudah meletak jawatan pada April lalu selepas berkhidmat sejak 2017.

“Sehubungan itu, pihak HCTM UKM tiada kaitan dengan pekerja terbabit seperti yang dihebahkan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan suspek berusia 34 tahun pada 9 September lalu ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas keterangan diambil, atas masalah kesihatan.

Suspek dikatakan memiliki rekod kesihatan berkaitan masalah kemurungan.

Sebelum itu, beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan mangsa dan bapanya mengalami kecederaan di kepala dan muka selepas diserang lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan kemelut rumah tangga mereka.

Gambar turut dikongsi bekas isterinya di Facebook bagi mendapatkan keadilan kerana mendakwa beberapa laporan sudah dibuat sebelum ini namun, tiada tindakan diambil.

Malah, wanita berusia 35 tahun itu mendakwa lelaki berkenaan masih mengganggu mangsa termasuk mengugut akan menyaman dia serta keluarganya kononnya, kerana memfitnah.

Exsuami ugut nak saman.

Antara komen netizen dan juga kawan kawan mngsa.

Aimi mastura – Allah is always with you Dayah..so were we..Org yg dizalimi doanya dimakbulkan..never loose faith in the mercy of Allah..Stay strong! Dont let him creep inside of you, never give up! May justice be on your side dear..Ameen.

Muhammad Fakri – Dia dah mula takut pastu dia nak ugut2 doktor plak..apa saja ugutan dia, bukti cctv CCTV tu yg paling jelas..kita semua nmpak clear dia guna kekerasan..

Khairunisa – Ape benda laaa dah pukul2, lepastu nk ugut2. Tahap tu je ke level dia? Hahaha. Jangan takutt sis. Lawan tetap lawan.

Nur Rashidah – Tp dalam video tu dia yg pukul ur father dulu ???kenapa dia kata ur father pukul dia….dah terang2 dlm video tu …mmg lah ur father pukul dia dgn bag…tp tu selepas dia pukul ur father kan…hadehhhhh lelaki lelaki..

Muhammad Fadli – semoga urusan sis sentiasa di permudahkan… ex husband sis x bertemu buku dgn ruas lg…. dalam erti kata kasar nye duk sedap main sondol mcm babi je… da kena sondol balik nnti baru dia tau langit tinggi rendah….

Syafira Fi – Uishh jenis putar belit, dia sbenarnya takut dibuang kerja bagai desprate..sah2 dia tolak puan, dia pukul kemain kuat ayah puan..nmpak terang dan nyata..stay strong , ya Allah moga diberi kekuatan utk mu dan sekeluarga.