Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila kerana mahu menyelamatkan perkhawinan mereka.

Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila kerana mahu menyelamatkan perkhawinan mereka.

PELAKON Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.Sehubungan itu Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk pada 30 September bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian yang difailkan Nabila, 35.

Bagaimanapun peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz, 34, bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila kerana mahu menyelamatkan perkhawinan mereka.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Malah Nabila turut menyatakan pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mei lalu, Sharnaaz memberitahu hubungan rumah tangganya dengan Noor Nabila Mohd Noor dalam proses pemulihan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia lebih mengutamakan anak lelakinya Jebat Jayden Ahmad yang ketika itu mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Sharnaaz ketika ditemui mStar memberitahu apa jua yang terjadi pada rumah tangga mereka selepas ini,  keutamaannya tetap pada anak lelakinya itu.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

“Beri kami ruang untuk lalui proses ini dengan sabar” – Noor Nabila sahkan fail cerai terhadap Sharnaaz Ahmad

Isteri kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

Memetik laporan BH Online, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor,35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kisah perceraiannya itu.

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila kerana mahu menyelamatkan perkhawinan mereka.

Sharnaaz bersama anaknya, Jebat Jayden.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Kakak kepada usahawan selebriti terkenal Neelofa ini dalam pada itu menjelaskan masa depan anak mereka iaitu Jebat Jayden menjadi keutamaan buat masa ini.

“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya.

Pergolakan rumah tangga pelakon Filem Wangi ini mula kembali menjadi bualan hangat apabila Nabila dikatakan berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di laman Instagram miliknya.

Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila kerana mahu menyelamatkan perkhawinan mereka.

Nabila sahkan memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.

Sharnaaz yang ditemui pada Khamis bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut spekulasi berkenaan kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Buat masa ini saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya sekadar andaian jadi tak berani nak cakap takut memudaratkan lagi keadaan.

“Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini tapi soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada 30 Ogos 2018