Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan.

Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan.

WANITA ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam dibebaskan tanpa syarat hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan tiada pertuduhan dibuat terhadap wanita terbabit.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan.

“Disahkan (wanita yang ditahan kerana mencuri) tidak dituduh selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Wanita berkenaan akan dibebaskan tanpa syarat hari ini,” katanya yang memaklumkan kes berkenaan sudah selesai.

Harian Metro hari ini melaporkan wanita berusia 31 tahun yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.

Barudin dilaporkan berkata, tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis, semalam.

Sebelum ini, harian metro melaporkan seorang wanita terpaksa mencuri untuk makan.

WANITA dipercayai asnaf ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam.

Wanita berusia 31 tahun yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis.

“Barang curi yang ditemui dan dirampas semula adalah satu bungkusan pek isian semula krim mandian, satu bekas serbuk lada hitam, krim muka, dua bungkus ayam BBQ dan satu paket kiub tulang ayam.

“Pemeriksaan mendapati wanita terbabit tiada rekod jenayah lampau serta dalam proses perceraian bersama suami yang berusia 35 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan sudah dijalankan dan tangkapan akan tuduh di Mahkamah Majistret Parit hari ini mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Difahamkan sudah banyak kali kejadian seumpama ini (kecurian) berlaku di pasar raya berkenaan.

“Hari ni pun saya sudah arahkan anggota saya ke rumah wanita terbabit untuk buat lawatan atas dasar kebajikan,” katanya.

Antara komen netizen.

Nurul Izzati – terbaik sgt…tumpang gembira..sbgai seorang ibu fhm sgt kenapa ibu ni bertindak smpai tahap mcm tu..harap ada pihak yg boleh membantu.

Cadar Kema – Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki kepada anda yang menolong akk ni sampai tahap ni..

Harap akk ni juga amik iktibar pertama dan terakhir buat mcm ni.. Semoga ada rezeki utk akk dan ank²

Aisyah Darwish – Alhamdulillah,…org yg pernah rasa susah je faham aper yg adik ni rasa,..semoga urusan dia dpermudahkn,….n rezeki tuk ank3 yg xpernah putus.

Deqla Abdullah – Apa yg dibuat tetap slh..xde pendakwaan itu kemanusiaan…semoga dimurahkan rezeki selalu utk die dan anak2…penceraian dan menjaga 3org anak  semoga die terus kuat….

Puan Ain – Sesiapa ahli keluarga dia yg terdekat boleh bantu dia minta bantuan zakat.. kalau viral kan kes ni mungkin Salah 1 cara pihak zakat boleh terus dtg bertemu kakak ni.. tabah la kak.
Semoga Hari akak dipermudahkan utk akak n anak2..

Opah cucuku – Alhamdulilah..hanya doa mampu ku beri..lepas ni harap ada yg sudi bantu bg pekerjaan..
contoh;org yg meniage berkedai makan kat area sana tu upah dia potong bawang blander dan seumpama nye di rumah dia sendiri..jd dia tak perlu tinggalkan anak2 nye..buat kerja di rumah..tolong la insan ini..moga rezeki anda pun bertambah .

Kredit : harian metro.