Bini baru saja disahkan mengandung anak pertama, tiba2 dia minta dlpaskan lpas ckp dgn sy, rupanya dia sembunyikan sesuatu dr sy

Bini baru saja disahkan mengandung anak pertama, tiba2 dia minta dlpaskan lpas ckp dgn sy, rupanya dia sembunyikan sesuatu dr sy

Cinta saya padanya mengatasi segalanya. Saya tak sanggup kehilangan dirinya. Dia seorang isteri dan ibu yang baik namun Allah uji dirinya dgn seseorang yang dicintainya.

Selama perkahwinan kami, saya tahu isteri saya cuba sedaya upaya dirinya untuk menjayakan perkahwinan ini. Dia cuba menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik. Saya sgt bangga dpt memiliki dirinya.

Hubungan cinta isteri dan kekasihnya hanya mampu bertahan 3 bulan lebih sejak mereka berhubung kembali. Namun kekasihnya menyepikan diri kerana dikawal oleh isterinya. Isteri kekasihnya menghubungi saya setelah mengetahui tentang hubungan suaminya dan isteri saya.

Isteri saya sgt kecewa bila lelaki itu menyepikan diri dan setiap hari meminta saya melepaskan dirinya. Saya pernah terbaca dan terdengar perbualan mereka di hp isteri saya. Berkecai hati saya bila mendengar mereka tidur bersama. Namun saya tak pasti adakah mereka terlanjur atau tidak. Salah saya juga kerana membenarkan mereka berjumpa.

Pada masa yang sama isteri saya disahkan mengandung. Isteri saya meminta saya melepaskan dia dan mengatakn bahawa bayi yang dikandungnya bukan anak saya. Hancur hati saya hanya Allah yang tahu tapi entah kenapa saya dapat rasakan yang isteri saya hanya berbohong. Itu cuma alasan agar saya melepaskannya. Saya pujuk dia agar tidak menggugurkan bayi itu.

Saya katakan padanya walau apapun saya sanggup menjaga bayi yang tidak berdosa itu, namun untuk melepaskan dirinya tidak mungkin sama sekali. Alhamdulillah Allah tunjukkan kebenaran. Bayi itu bayi kami.. iras wajahnya sangat mirip dengan saya sampaikan kenalan dan keluarga mengatakan bayi kami yang kini dah berusia 10 bln copy paste muka daddy dia. Saya senyum syukur.

Saya sedar isteri saya dan kekasihnya saling menyintai Saya tahu dari dulu lagi tentang cinta mereka tapi saya juga tak mampu untuk kehilngan isteri yang saya cintai walaupun saya tahu dia menyintai orang lain.. mungkin saya terlalu mementingkan diri sendiri tapi dia cinta pandang pertama saya.

Sejak 22 tahun yang lalu , Tak pernah saya menyintai wanita lain. Mungkinkah ini balasan untuk saya kerana mengahwini kekasih orang lain? Entah lah. Saya cuma percaya pada jodoh.

Saya sanggup menempuh segalanya demi isteri saya walaupun hati saya hancur berkecai. Lagipun saya tak sanggup tengok orang yang saya sayang hidup susah hanya kerana cinta. Lelaki tersebut tak akan mampu untuk berpoligami apatah lagi memberikan kehidupan yang baik untuk isteri saya. Lelaki itu hanya kerja biasa dan Isterinya tidak bekerja.

Selama mereka berhubungan lelaki itu selalu meminjam duit dari isteri saya hinggakan pada satu jumlah yang besar isteri saya terpaksa meminta pada saya tetapi saya tak dpt nak bagi. Saya cuba buat isteri saya faham yang dulu mungkin lelaki itu cintakan dia tapi skrg mungkin dia cuma nak gunakan isteri saya untuk kepentingan dirinya.

Baru2 ini mereka berhubung kembali setelah lebih setahun tidak berhubung. Saya memeriksa hp isteri saya dan dapat mendengar perbualan mereka. Lelaki tersebut cuba bersikap dingin pada isteri saya. Oleh kerana itu isteri saya ingin mengundur diri terus dari kehidupan bekas kekasihnya namun lelaki itu tidak mahu kerana ingin sentiasa berhubungan sebagai kawan kononnya. Isteri saya merasa tersinggung dan kecil hati. Dia katakan yang dia tak boleh berkawan kerana dia hanya tahu mencintai lelaki itu.

Saya menghubungi bekas kekasihnya. Lelaki itu mengatakan dia sudah melepaskan isteri saya dan meminta saya mendoakan kebahgiaan dia dan isterinya hingga ke Jannah. Dia cuba hancurkan rumahtangga saya dan berani meminta saya berdoa untuk kebahgiaan dia?

Dia bernasib baik kerana saya tidak menceritakan hal yang sebenar kepada isterinya. Saya tak nak menimbulkan konflik yang lebih teruk sebab saya tak nak itu menjadi jalan untuk dia terus bersama isteri saya.

Saya telah mendengr perbualan antara isteri saya dan dia di hp isteri saya. Tentang ketelanjuran dia dan isteri saya. Mereka hampir terlanjur tapi isteri saya dpt bertahan. Namun dia seolah2 menghina isteri saya bila mengatakan andai dia berkeras sedikit masa tu pasti dia dpt meniduri isteri saya.

Ya Allah! Bangganya dia dgn dosa Itu isteri saya hak saya milik saya dan Dia sentuh isteri saya dan boleh dia ckp mcm tu. Allah, Kalau saya ikuntukan hati saya.. saya dah bunuh dia, tapi saya masih tahu dosa pahala.. masih tahu salah betul.. saya takkan buat sesuatu yang merosakkan dan memusnahkan hidup saya dan famili saya.

Isteri saya akhirnya membuat keputusan menyepikan diri dari lelaki itu. Skrg ni tanggungjawab saya untuk merawat dan mengubati hati isteri saya.. saya tak suka tengok dia bersedih. Saya benci dan marah. Dia tak sepatutnya bersedih untuk lelaki hanat macam tu.

Cinta ….kenapa terlalu menyakitkan..Saya masih berusaha untuk memenangi hati isteri saya sehingga kini kerana saya boleh nampak senyuman pura-pura di wajahnya. Senyuman yang dipaksa.

Saya cuba melakukan segalanya untuk dia. Saya lakukan semua urusan rumah dan anak dgn rela hati. Berjaga malam urus baby.. uruskan anak sekolah…. semua saya buat sendiri.. saya bawa isteri dan anak melancong dlm dan luar negara setiap tahun.. saya tak mahu isteri terganggu dan stress.

Saya tahu isteri saya sgt menderita dan tersiksa dgn perasaannya. Saya kasihankan dirinya. Saya hidup untuk menyintai dan membahagiakan dirinya. Hati saya? Biar Allah saja yang merawatnya.

Saya cuma berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya untuk menyintai saya dan menerima ketetapan jodoh Allah ini satu hari nanti. Tak sangka ujian yang melibatkan perasaan ni sgt berat kesannya. Hati manusia Allah yang pegang.

Mungkin belum cukup lagi apa yang telah saya lakukan untuk isteri saya dan keluarga kami selama ini. Mungkin menyintai dirinya selama 22 tahun ini belum cukup untuk membuatkan dirinya menyintai saya. Mungkin saya suami yang belum cukup baik untuk isteri saya.

Saya tak akan lepaskan isteri saya walau apa yang terjadi. Kalau boleh biarlah maut saja yang memisahkan kami. Saya tidak mampu untuk hidup tanpa dia. Saya redha atas segala yang berlaku dan saya redha atas isteri saya.. dia tidak pernah berdosa pada saya.. saya yang salah kerana tidak pandai menjaga dan membahagiakan isteri saya sendiri.. Sayang,

I sangat menyintai mu sayang.. walaupun i tahu u tidak menyintai i. Jika u tidak dapat melupakan dirinya tidak mengapa sayang tetapi cuba lah redha dan terima lah ketetapan Allah. I adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk u sayang. I janji akan cuba sedaya upaya i untuk bahagiakan u.

I akan jaga u sayang walau apa pun yang terjadi. Jangan minta i untuk lepaskan u sayang. Walau berjuta kali u minta, I minta maaf.. i hanya mampu berdiam. Ia tidak mungkin berlaku.. i akan jaga u….. menyintai u…. hingga nafas ini terhenti.. namun untuk melepaskan mu tidak sama sekali.. U bidadari i dunia akhirat. Maafkan i sayang….

‘S- Lelaki Keparat’, Aku tak boleh doakan kebahagiaan kau. Apa yang kau buat pada aku dan isteri aku, aku tak dapat maafkan. Kau ada anak perempuan. Jaga lah anak perempuan kau sebaiknya. Jangan sampai apa yang kau dah buat selama ni jadi pada anak kau pulak. Aku tak mendoakan, aku cuma mengingatkan kau.

Kredit : utusan viral.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda – Team Johodaily.