Pusat Beli-Belah yang menghimpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Pusat Beli-Belah yang menghimpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Mohd Fadzil Hashim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Raudhah City  ingin melebarkan lagi sayap dengan membantu para usahawan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Fadzil ingin mengajak lebih ramai usahawan Muslim dan Bumiputera untuk memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka dengan lebih besar.

Beliau sebentar tadi ada membuat video live (secara langsung) di laman Facebooknya lantas menyatakan hasratnya untuk membina sebuah tempat yang sesuai untuk pasaran Muslim.

Malah beliau juga berkata telah melakukan perbincangan mengenai perkara ini bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perbincangan tersebut turut disertai En. Bazeer Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia yang punyai lebih 3,500 buah kedai runcit.

Menurut Penolong Peribadi Mohd Fadzil Hashim ketika dihubungi Siakap Keli, antara rancangan strategik pihak mereka adalah untuk mempunyai sebuah pusat beli-belah yang merealisasikan penjualan produk berkenaan.

Katanya lagi, lokasi pusat beli belah tersebut masih dalam perbincangan.

Antara komen netizen.

Zue Alias – ALLAHU AKBAR..semoga dipermudahkan Allah..selaraskan harga..agar sama2 kita dapat meningkatkan produktif..ekonomi negara..demi ISLAM..

Mohd Zaman – Alhamdulillah..diharap slps ini war2kan juga pembukaan kilang2 dan syarikat Muslim yg baru ditubuhkan utk panduan pengguna. Terbaik.

Amanda Qish – Alhamdulilah. Ble ade perancangan mcm ni Insya-Allah akn rmai juga usahawan² muslim melibatkan diri. Ni bru majukan org2 melayu dan bumiputra.

Waedun Wead – alhamdulillah . harap akan ade lg ramai jutawan2 melayu dan islam yg utk melabur dan terus kembangkan lg pusat membeli belah ini ke serata malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa . semoga one day nnt pusat membeli belah ni fight2 speedmart , tesco , aeon , giant dan lain2 .

Darius – Diminta tuan mohd fadzil membuka pasaraya yg dicdgkn di bandar perda bukit mertajam pulau pinang.ada sebuah bgn bazaar perdana yg masih kosong sehingga sekarang semenjak bazaar siap dibina.sgt sesuai dijadikn tmpt berniaga produk2 muslim.blh dijadikn spt pekan rabu alor setar kedah.

Zack Zulkifli – Buka dobi muslim pon ada halangan sebelum ni, kita berharap agar pasar raya yg bakal dibina ni mendapat sambutan dan sokongan padu daripada masyarakat muslim..aku doakan ia menjadi kenyataan! Allahuakbar.

Bun Laiho – 1 je nak pesan.. Bila dah buka nanti jng letak harga melambung tinggi, jng ambil kesempatan pula… Untung sikit² xpe nanti jadi bnyk la tu klo bnyk support… Harga mengikut kesesuaian barang harga pasaran … Bukan harga ambil kesempatan.. Semoga usaha ini akan maju dan terus maju…

Arjuna Salingan – Patutnya lembaga zakat, baitulmal atau tabung haji wajar mempunyai syarikat pengguna (pasaraya) dan sistem sokongannya.. negara singapura mempunyai syarikat seumpamanya (ntuc) menjadikan mereka tidak terlalu bargantung pada syarikat luar untuk kemudahan umum.

Yusofnibong – Terbaiklah patut dah lama dah buat. Jadi semua orang Islam tak sudah nak cari keperluan harian yang halal lagi bersih dari produk orang Islam sendiri.

Kredit siakap keli.