Katanya nak ride pergi thai tp bila cek phone online je memanjang, rupanya dia kelentong aku..

Katanya nak ride pergi thai tp bila cek phone online je memanjang, rupanya dia kelentong aku..

Salam semua pembaca. 9 tahun usia pkahwinan… alhamdulillah dkurniakan sepasang cahaya mata 6 dan 1 tahun. kisahnya suami seorang kaki perempuan sejak dari awal pkahwinan… wlaupun banyak kali kantoi. kantoi sebab saya senyap2 check talipon suami dan terbaca msg2 dia dengan pmpuan. setiap kali bgduh mesti saya yang kena maki…

saya yang kena tengking sebab dia paling tak suka orang tengok talipon dia…. 2 tahun lepas sebelum saya mngandung anak kedua suami ada menjalinkan hubungan dengan bini orang anak dua dan saya sendiri kenal perempuan tu. saya hack talipon suami saya baca sndri msg2 dia dengan perempuan tu.. memang dia orang bercinta dan bebrapa kali pernah keluar bersama…

bergduh besar saya dengan suami tu… dia sendiri mengaku kat kakak dia yang dia nak kawen dengan pmpuan tu… saya mintak dia lepaskan saya tapi dia tak nak.. sebab saya tau dia tak mampu… sedangkan kereta, bil2 umh, barang rumah semua saya yang tanggung.

nafkah pon tak pernah bagi ada hati nak kawen 2… bila saya ungkit pasal perempuan tu saya msg macam2 kat perempuan… suami pukul saya… sebelum tu pon pernah bebrapa kali dia pukul saya sebab perempuan.

masa tu saya masih nak pertahanakan rumah tngga sebab mengenangkan anak saya sangat rapat dengan suami. saya pujuk suami saya dan dia cakap kalau saya nak berbaik dengan dia saya kena minta maaf dengan perempuan tu lepas tu dia cuba lupakan perempuan tu… demi rumahtangga saya…

Saya buat apa dia nak.. saya msg pmpuan tu mnta maaf. saya ingat dia orang da tak berhubung tapi saya silap… senyap2 deorg masih jumpa…. menang kerap kita orang bergduh sebab perempuan tu… atlast suami tingglkan perempuan tu sebab kawan2 dia cakap tak cantik… lepas tu bini orang…

ingtkan dah setel masalah tu suami da ok.. rupanya dia buat prangai dengan pmpuan lain pulak.. tukang masak sebelh tempat kerja suami. huhuhu bergantung tak bertali dengan suami dia… ada anak sorang… saya kenal perempuan tu dia pun kenal saya..

Saya amek no talipon dia dalam henpon suami.. saya call dia cakap elok2.. saya minta dia jangan layan suami saya lagi. saya minta dia kesian kat anak saya.. dia cakap ok dia cuba… suami suka pergi konvoi.. dia ada join club moto. 1 hari dia bagi tau saya dia nak konvoi dengan kawan2 pergi siam.. saya bagi dia pergi… tapi yang hairan kalau atas moto wasap sentiasa online..

siang tu saya tak syak apa2…’tapi naluri sorang isteri dapat rasa kalau suami tipu. malwm tu saya check location suami… rupa2 nya suami naik keretapi dengan perempuan tu dan spupu perempuan tu pergi siam. saya bawak anak saya dan tunggu di stesyen keretapi…

tepat masa kami sampai… memang nampak suami dengan perempuan tu dan sepupu dia. perempuan tu pegang tangan suami saya. anak saya jerit pnggil ayah… muka suami memang terkejut. depan perempuan tu saya minta suami lepaskan saya… suami tak nak.. tu 1’st time saya nampak dengan mata saya sendri dia dengan pmpuan. sebelum ni cuma kantoi dalam talipon je.

sejak hari tu hati saya tawar… memang tawar habis… saya tidur bilik asing… saya da tak layan suami dengan baik.. sejak tu makan minum dia memang saya tak jaga… bergduh je suami mengadu kat mak dan ayah mertua saya… bukak aib saya kat mak ayah dia…

saya cakap saya nak berpisah.. mak ayah dia.. mak saya pujuk tak bagi.. dia cakap dia nak pergi umrah tak lama lagi..nanti tak tenang masa deorang nak buat umrah… so saya stay dengan suami tapi hati memang dah tak ada… berbaik sekejap.. lepas tu bergduh..

bila gduh saya akan tidur bilik asing… saya macam orang tak rela bila bersama suami… lepas mak ayah semua balik umrah.. mungkin deorang doa minta saya dikurniakan anak… sebab masa tu anak sulung saya dah 4 tahun. saya mengandung lagi..sejak mengandung saya memang tidur bilik asing alasannya saya tak boleh bau suami padahal saya da tak da hati dengan suami.

berlarutan smpai saya bersalin…sekejap baik lepas tu bergduh…bergduh memang sampai berhari2…bergduh sebab saya tak layan suami… sqmpai dia mengadu kat mak ayah dia..mak ayah dia serang mak saya cakap tak pandai jaga anak bagai..

saya cakap saya dah tak ada hati nak berbaik dengan dia… saya dah tawar hati… mak ayah dia cakap dia dah berubah.. minta saya mula hidup baru dengan dia sebab kesian anak2.. sekarang dah 2 bulan saya tak bercakap dengan suami dan dia pon tak sentuh saya…

saya tau saya berdosa…tapi serius saya dah tak boleh nak hidup dengan dia… sumpah saya da tawar hati… bila dia tak ada depan mata saya rasa tenang sangat2.. tapi bila dia balik..saya jadi serabut. saya da tak tahan macqm ni sqmpai bila nak tanggung dosa ni…

mak saya hari2 marah..cakap ego saya jangan tinggi… jangan dendam… suruh berbaik demi anak2…’tapi masalahnya memang saya dah tak boleh… benda akan berulang… akan bgduh sebab yang sama.. sebab saya tak layan dia…

Dia terkilan dengan saya sebab saya tolak bila dia ajak bersama….lepas tu dia cakap berdosa sebab tak layan suami… saya cakap dah tau berdosa jangan la minta. sejak dari tu sampai sekarang dia tak sentuh saya. saya rasa tenang sangat…

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda – Team Johodaily.