Calon UPSR dijumpai longlai Jiran kongsi detik cmas saat kejadian berlaku

Calon UPSR dijumpai longlai Jiran kongsi detik cmas saat kejadian berlaku

KULIM – Jiran kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang ditemukan mti dalam keadaan tergntung di Taman Nenas di sini menceritakan semula detik cemas ketika melihat myat kanak-kanak berkenaan yang sudah kaku.

Dia yang enggan dikenali itu berkata, ketika itu dia sedang berada dalam rumahnya sebelum mendengar jeriitan ibu mngsa berusia 39 tahun.

Menurutnya, dia menyangka berlaku kebkaran di bahagian dapur rumah wanita berkenaan.

“Apabila masuk rumahnya, ibu mngsa dalam keadaan paniik minta saya dan suami lihat anaknya dalam bilik. Dia pegang tangan saya bawa masuk ke bilik paling hujung.

“Saya lihat kanak-kanak itu berada dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri. Saya tak mampu nak kata apa waktu itu, terkaku,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Nenas di sini semalam.

Katanya, dalam situasi cemas itu, suaminya segera menghubungi pihak hospital serta meminta bantuan seorang lagi jiran.

“Di katil itu juga saya lihat ada seutas tali diikat, di lehernya juga ada kesan tali. Jiran yang memeriksa nadi mendapati mngsa sudah tiada waktu itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 hingga 7 petang semalam, mngsa ditemukan tergntung menggunakan tali kasut yang diikat di sebuah katil dua tingkat.

Difahamkan sebelum kejadian, mngsa sedang bermain bersama adik dan abangnya berusia lapan dan 14 tahun.

Dia berkata, sebelum kejadian, ibu mereka yang berstatus ibu tunggal meleteri mereka sebelum mngsa bertindak berlari masuk ke dalam sebuah bilik dengan membawa buku.

“Tidak lama kemudian, abangnya mendengar sesuatu dari bilik berkenaan. Apabila dia masuk dalam bilik tu, adiknya sudah berada dalam keadaan tergntung dan dia segera menggunting tali tersebut,” katanya.

Katanya, mngsa merupakan murid yang baik dan rajin ke sekolah, malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran di taman itu.

Sementara itu Ketua Polis Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Menerusi laman Sinar Harian ternyata ramai yang terkejut dengan kejadian yang berlaku ini. Jom lihat apa kata mereka.

Calon UPSR dijumpai longlai Jiran kongsi detik cmas saat kejadian berlaku

Syafiq SG –Mak bapak serta cikgu sepatutnya tak perlu bermentaliti AAAAA saja dalam exam. Mak bapak serta cikgu perlu ajar erti hidup berbudi kepada semua orang, berbuat baik dengan semua orang, memperkuatkan jati diri, supaya ilmu yang dipelajari senang diserap ke dalam akal budak…

Biru Hitam Mataku –Patutnya usia mcm tu riang gembira sebagaimana kanak2 lain bukan diberi tekanan. Memang sistem pendidikan beri tekanan pada pelajar sekolah rendah

Azam Hasnizam – Ramai budak sekolah jadi giila sebab tertekan. Ajari anak untuk mencintai ilmu, bukan paksa mereka untuk jadi bijak. Bila paksa anak supaya jadi bijak, makin ramai budak2 jadi gila..

Calon UPSR dijumpai longlai Jiran kongsi detik cmas saat kejadian berlaku

Rayyan Yantikapow – Persekolahan sekarang terlalu beri tekanan pada budak2 utk wajib cemerlang/lulus periksa… kan bagus kalo tak perlu ada peperikasaan.. nilai dari cara lain… Mcm Finland.. There are no rankings, no comparisons or competition between students, schools or regiions.

Emy Fatimah – Tertekan kot jgnlah bagi tekanan sangat dlm pembelajaran.. Mak/bapak mane yg taknak tengok ank2 berjaya tapi kite kene jgk tengok kemampuan ank2 kite..

Mase UPSR thn 2017 salah satu ank saye strees sebab ade kawan2 ejek.. Nak masuk blik periksa die sempat tanye ngan saye depan guru besar.. Ibu kwan2 angah ejek angah bdoh.. Nanti klau angh tak dapat 5a mcm mane.. Saya peluk dia depan cikgu sy jawap.. Tak dapat 5a takpe ibu tak marah janji angh dah berusaha abaikan cakap2 kawan2 tuh.. Jadi budak bdoh takpe angah masih boleh blajar lagi supaya jd pandai.. Asal jgn jadi budak jahat je..klau jadi budak jahat susah nk patah balik.. Biarkan ank2 bljar ikut kemampuannye.

Ternyata ramai yang kesal dengan kejadian yang berlaku ini. Apa pula kata anda.

Sumber : Sinar Harian via edisi maya.