Ini Sebab Kenapa Tentera Guna Peluru Hidup Masa Demo, Bukan Nak Tunjuk Gagah Atau Hebat

Ini Sebab Kenapa Tentera Guna Peluru Hidup Masa Demo, Bukan Nak Tunjuk Gagah Atau Hebat

Kita dikejutkan dengan kem4tian anak kepada pelakon AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya yang dipercayai tercedera ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Ekoran itu, rata-rata netizen mempersoalkan punca kem4tian arwh ditmbak menggunakan peluru hidup semasa demonstrasi meskipun telah diperjelaskan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaa (Patriot) Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji.

Pengguna Facebook, Rahman Nanyankongsi pendapat mengenai penggunaan peluru hidup ketika demonstrasi dan begitu juga dengan kemtian pegawai bomba yang dipatuk ular tedung selar.

Ini Sebab Kenapa Tentera Guna Peluru Hidup Masa Demo, Bukan Nak Tunjuk Gagah Atau Hebat

Buat semua orang awam yang tak faham. Saya dah malas nak menjawab. Kali ini saya bagi ayat yang paling mudah untuk semua faham.

Soalan: Kenapa perlu guna peluru hidup berbanding peluru kapur (blank) untuk demo?

Jawapan: Kerana tentera diajar untuk menembak tepat ke sasaran yang hendak dituju dan Komando adalah unit paling elit dalam ATM yang kehidupan seharian mereka (latihan) sebilang masa menggunakan peluru hidup. Boleh dikatakan setiap hari mereka “bermain” dengan peluru hidup.

Kenapa?

Jawapan: Kerana mereka adalah barisan paling hadapan jika berlaku sesuatu ancman. Bukan mereka nak tunjuk gagah atau hebat di mata awam. Ini kerana mereka sentisa berhadapan dengan risiko menembak atau ditembak. Demo ini untuk membuktikan kepada anda semua bahawa tentera kita sentiasa bersiap sedia. Termasuk bersedia berhadapan situasi peluru hidup.

Ini Sebab Kenapa Tentera Guna Peluru Hidup Masa Demo, Bukan Nak Tunjuk Gagah Atau Hebat

Apa kena mengena mempertahankan negara dengan demo menggunakan peluru hidup?

Jawapan: Kerana mereka adalah yang terlatih di antara yang terlatih. Mereka dilatih untuk tidak sesekali tersasar dari sasaran. Demo ini untuk menguji keyakinan penembak dan yang di tembak. Percaya pada peralatan, percaya pada ketepatan dan juga percaya pada takdir Tuhan.

Tapi kenapa kali ini tersasar?

Jawapan: Takdir Allah yang Maha ESA. Siapa anda nak lawan. Kita semua manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Tuan-tuan biasa potong bawang? Seumur hidup tuan mengendalikan pisau untuk potong bawang, tak pernah ke sekali terhiris jari atau tersalah potong? Ini di namakan kemalangan. Sesuatu yang tidak diduga.

Ini Sebab Kenapa Tentera Guna Peluru Hidup Masa Demo, Bukan Nak Tunjuk Gagah Atau Hebat

Saya bagi contoh mudah. Ada seorang pegawai bomba. Arwah Abu Zarin atau nama panggilan Wira Penyelamat. Pakar haiwan berbisa. Terutama ular tedung selar. Arwh sentiasa menjadi orang pertama yang berhadapan dengan haiwan berbisa itu. Arwh mennggal dunia kerana dipatuk ular ketika sesi mandikan ular dan mengajar anak buahnya. Dalam kes ini, nampak tak risiko yang di hadapi?

Kenapa tuan-tuan tak nak soal? Asal tak pakai ular getah je sebagai latihan atau demo? Sebab pekerjaan mereka semenangnya mulia lagi berbahaya. Mereka tahu risiko mereka. Dan saya harap tuan-tuan faham dan jelas. Kenapa demo itu menggunakan peluru hidup.

Tugas mereka memang berbahaya dan berisiko. Mereka faham. Cukup-cukuplah ber soal itu ini. Doakan agar kedua arwah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Saya tak mintak tuan-tuan faham tugas mereka, cuma saya mintak tuan-tuan berhenti dari menyalahkan sesiapa. Semuanya takdir.

Al-Fatihah kepada kedua Hero. Mereka Hero dalam bidang mereka. Kematian mereka mulia. Kem4tian kita?.

Sumber: Rahman Nanyan via ohbulan.