Gimik bertukar tragedii, botol drah tak pecah

Gimik bertukar tragedii, botol drah tak pecah

“Saya tergamam apabila melihat drah keluar dari mulut Mejar Mohd Zahir Armaya sebaik topeng mukanya dibuka dan mula berasa tidak sedap hati.

“Memang sesuatu di luar jangkaan hingga membuatkan hati menjadi berdebar kerana tidak menyangka demontrasi berkenaan bertukar tragedi pilu yang meragut nyawa seorang pegawai komando.

“Terdahulu, saya dan beberapa rakan media hadir di majlis pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia yang dihadiri Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

“Tempat duduk media ditempatkan di barisan hadapan bersama anggota tentera dan orang awam sebelum majlis bermula pada jam 8 pagi (semalam).

“Gimik pengoperasian formasi 5 Divisyen dan 13 Briged Infantri dimulakan dengan aset ketenteraan termasuk helikopter diikuti demonstrasi kedua iaitu gerak gempur.

“Memasuki demonstrasi ketiga kira-kira jam 8.40 pagi, pengacara majlis memaklumkan bahawa gimik itu akan menggunakan peluru hidup.

“Senarionya, Allahyarham berlakon sebagai ketua penjnayah dengan memakai baju putih, bertopeng dan membawa pedang samurai bersama kayu yang marak dengan api.

Gimik bertukar tragedii, botol drah tak pecah

ANGGOTA pasukan keselamatan berkumpul di luar Unit Forensik Patologi.

“Allahyarham turut melakukan aksi bersama pedang samurai sebelum beliau melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol terhadap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel menyebabkan pegawai tentera terbabit ‘cedera’ dan dilihat sedang menahan kesakitan dalam keadaan berlutut.

“Tiba-tiba pegawai terbabit bangun semula dan melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol ke arah Mohd Zahir yang berdiri secara membelakang dengan sasaran satu botol berisi cecair merah di jaket kalis peluru dipakainya.

“Bagaimanapun, tembakan itu ‘dikatakan tersasar’ menyebabkan Mohd Zahir terus rebah sebelum dua anggota tentera yang berada berhampiran mengheretnya keluar kira-kira 10 meter ke tepi padang kawad sebelum demonstrasi ditamatkan.

“Ketika itu, kedua belah tangan Mohd Zahir dilihat tidak bergerak sehingga saya tertanya-tanya apa yang berlaku kerana melihat anggota tentera cuba menyedarkannya dengan mengoncangkan badannya. “Suasana mula bertukar panik sebaik topeng muka Mohd Zahir dibuka untuk pemeriksaan dan mukanya berlumuran drah.

“Dalam masa sama, pemeriksaan nadi pada lengannya turut dilakukan sebelum salah seorang anggota tentera memberi bantuan kecemasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans.

Gimik bertukar tragedii, botol drah tak pecah

“Walaupun majlis diteruskan dengan upacara penyerahan bendera namun Mohd Zahir kemudian dibawa menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.”

Mohd Zahir yang berusia 36 tahun adalah anak kepada pelakon veteran AR Badol disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan.

Beliau yang bertugas di Rejimen 11 Grup Gerak Khas (GGK) Kem Sungai Udang, Melaka meninggalkan seorang balu dan lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Proses bedah siasat jenzah Allahyarham selesai pada jam 5.30 petang semalam sebelum dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak jam 8 pagi hari ini.

Kredit : harian metro.