Beberapa thun aku cr isteri aku, akhirnya jumpa tp bila sampai dpn rumah ssuatu terjadi hr tu buat mcm aku bdoh sgt

Beberapa thun aku cr isteri aku, akhirnya jumpa tp bila sampai dpn rumah ssuatu terjadi hr tu buat mcm aku bdoh sgt

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda – Team Johodaily.

Aku ada seorang isteri. Aku sayang isteri aku. Bagi aku, dia adalah segala-galanya bagi aku. Sekiranya dunia Allah dah beri keizinan untuk aku bersama dengan dia, maka akhirat juga aku berharap dialah pedamping aku. Dia sempurna pada aku, walaupun ada cacat celanya. Dia syurga bagi aku biarpun ada nerakanya. Dia baik bagi aku, walaupun ada jhatnya.

Pokoknya, segala-galanya tentang dia, biar baiknya, biar jhatnya.. semuanya tampak indah pada aku. Mendapatkannya adalah usaha terindah. Bertemunya adalah perjuangan yang manis. Biarpun dibalik percintaan kami, dia banyak kali memat!kan hati aku. Tapi aku sentiasa berkeras hati pada diriku sendiri, bahawa untuk bersamanya juga aku memerlukan usaha gigih dan jitu.

Ya, dia pilihan ramai. Dan aku adalah salah satunya. Tapi aku tidak tersenarai sebagai pilihannya. Bagi dirinya, aku adalah persinggahan. Tapi nyata usaha aku membuatkan persinggahan ini persinggahan abadi. Aku pun bukannya suami yang baik padanya. Terlalu banyak cacat dan terlalu banyak cela. Tapi, aku sentiasa akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Dahulu, aku bekerja sebagai seorang pegawai dengan gaji yang agak melimpah ruah, minimum RM5k ada dalam tangan. Alhamdulillah, dapat beli kereta dan dapat buat sedikit simpanan. Bercinta dengannya bagai bercinta jarak jauh. Aku tidak berkira walaupun satu sen. Dia bekerja di semenanjung, dan aku pula di tanah borneo. Aku menyimpan hasrat untuk datang melamar dia.

Dia enggan bertemu dengan aku dan enggan memperkenalkan aku pada keluarganya. Aku datang juga walaupun dia tak pernah berikan aku alamat kediamannya. Bayangkan, tempat kerjanya juga aku tidak pernah tahu. Kalau orang lain, mungkin takkan segigih aku. Yelah, baur-baur penipuan pun dapat dikesan. Tapi aku masih gigih mencari.

Aku agak, dalam lebih kurang 4 ke 5 tahun aku terus mencari dia. Dalam masa 4-5 tahun, kami masih berhubung sebagai pasangan kekasih. Bezanya Cuma Jarak. Dan Alhamdulillah, berkat bantuan sahabat-sahabat, aku menemui tempat kediamannya. Dan aku bertemunya untuk pertama kali secara berdepan. Ya! Dia memang cantik. Tapi aku pun bukannya hodoh sangat. Haha! Sesuai saja. Aku ingat lagi ekspresi marahnya saat dia menatap muka aku.

Mesti dia nak cakap, ada jugak mamat sebodh aku untuk datang cari dan tunggu dia sampai tahap macam ni. Bukan aku tak hensem, haha. Bukan pulak takde orang nak. Tapi entah, rasa kuat hati aku untuk dia. Mungkin aku suka hal-hal yang mencabar. Sebab tu aku masih ‘bodh’ untuk dia.

Saat ekspresi marah ketika bertemu aku, aku tahu hati aku sedang sakit. Sedang memujuk bahawa dia juga gembira bertemu aku. Tapi itulah, sampai bila nak pujuk hati sedangkan kita tahu memang dia tak suka kita datang.

Belum sempat bercakap, dia membiarkan aku bodh menunggunya di luar rumah. Masih simpan mesej yang dihantar pada aku supaya aku balik dan jangan jumpa dia lagi. Entah! Aku masih bodh untuk call dia. Call aku tak berangkat. Dan aku mula hidupkan enjin kereta. Dalam hati aku memang kecewa. Jauh-jauh datang lepas tu kena halau. Tapi, persoalan aku, apa alasan dia menolak cinta aku? Apakah aku ni bukan taste dia, bukan pilihan dia, tidak sempurna dimatanya?

‘sebenarnya saya dah bertunang. Bulan depan saya akan berkahwin,’ terngiang-ngiang perkataan tersebut di telinga aku. Dan aku kembali teringat saat dia membayangkan impian kami untuk bersanding atas pelamin yang sama. Pertama kali, sebagai lelaki yang dah mengaku diri dia bodh, menangis. Kalau aku ingat balik, alangkah hinanya usaha aku. Rupanya dia dah bertunang dan dah nak berkahwin, dia kenal lelaki tu lama. Tapi dia baru saja bertunang tahun lepas.

Aku rasa dipermainkan. Rasa dihina. Rasa bodh. Semualah aku rasa. Aku call member aku masa tu, nak luah rasa sakit dalam hati. Tapi, luah tu dengan hilai ketawa. Macam tak percaya. Member pun risau tanya aku ok ke tak ok. Haha. Tapi, memang aku dah bersedia sebab sebelum ni pun, memang ada tanda-tanda dia Cuma mempermainkan aku. Aku yang bodoh, makin bodoh mengejar dia.

Aku balik tanah borneo dan berniat untuk mulakan kehidupan baru. Entah kenapa, malam tu dia telefon aku balik. Dia menangis dan minta maaf. Tahu tak? Lelaki bodh ni cair balik. Dia pinta aku datang lagi jumpa dia, dia tak mahu kahwin dan semua ni desakan keluarga dia. Korang nak percaya? Mesti tak, kan?

Tapi aku percaya.

Hari Jumaat malam tu aku book tiket flight terus turun KLIA. Terus jumpa dia. Sewa kereta semua dan kami shoot ke tempat lain. Entahlah perasaan aku macam mana. Teringin nak tanya, kenapa call aku? Sedangkan ramai lagi yang kejar dia. Dia jawab, sebab aku paling bersungguh-sungguh.

Antara nak terharu atau tak. Dia nak lari dengan aku katanya. Tapi.. tapi.. hal ni paling aku takut. Bukan sebab aku pengecut. Aku nak perhubungan keluarga ni berjalan baik dan diberkati. Keluarga juga dipenuhi rahmah dan menjadi keluarga sakinah.

Aku berniat untuk minta dia baik-baik pada keluarganya. Tapi dengan syarat dia perlu putuskan pertunangan terlebih dahulu. Bukankah perempuan yang bertunang tu tak boleh dilamar lelaki lain. Tapi, susah katanya. Aku pun buntu, sama macam dia. Perkahwinan bulan depan, semua dah ada, semua dah prepare, tinggal nak pakai inai lepas tu sanding.

Semakin aku ingat! Hati aku semakin sakit Dan semakin aku berdendam dengan isteri aku sekarang tapi aku sayang. Sayang yang susah aku nak gambarkan. Aku benci dia pun sebab aku terlalu cintakan dia. Poyo.

Pendek cerita, aku ada face to face dengan tunang dia. Minta lepas baik-baik. Atau kalau tidak sekalipun, jaga dia baik-baik. Sebab aku buntu gila tak tahu nak buat apa. Benci macam mana pun aku dengan dia, aku tetap sayang dia. Tahu tak lepas aku jumpa tunang dia, esok jadi apa? Esok harinya, habis satu taman kecoh ada sorang mamat Sarawak nak rampas tunang orang. Kena kecam gila lah dekat situ. Kena benci, macam mintak kena pukul. Aku tahu tunang dia yang kecoh.

Masa ada perbincangan dengan keluarga tunang dia untuk bincang pisah cara baik, aku ada dekat situ. Punyalah benci sanak saudara dia tengok muka aku. Keluarga dia punya muka tak yah cakaplah. Habis dituduhnya aku lelaki tak berguna, tak boleh pakai, nanti kahwin dua lah, apalah.. macam-macam. Astaghfirullah.

Tapi yang buat aku marah, bila tunang dia hina dia depan orang ramai seolah-olah tunang dia suci tak pernah buat dosa. Kenapa nak hina? Kenapa nak malukan? Demi Allah, sakitnya hati aku bila aku tengok. Macam nak aku layang penumbuk aku dekat muka mereka semua.

Tapi, aku cuba jaga batas dan budi. Siapa sajalah aku dekat kawasan situ. Aku disitu pun atas permintaan dia. Aku kadang-kadang berbalas pandang dengan dia minta dia kuat. Aku ada disitu untuk temankan dia. Paling parah, family sendiri pun torture dia macam pesalah ziina. Allahuakbar, aku kesian tengok dia sebab dia Cuma mengharapkan aku waktu tu. Semakin tambah sayang aku pada dia.

End-up walaupun family dia benci aku sangat, akhirnya family dia mengalah untuk nikahkan aku dengan dia. Kesan seumur hidup, family dia harmkan aku, dia dan keturunan untuk jejak rumah mereka.

Bunyi macam dramatic sangat kan. Tapi, itulah hakikatnya. Kini, aku menetap dia Semenanjung bersama isteri tercinta. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Tapi pekerjaan makin lama makin merudum. Aku berhenti kerja sebagai pegawai dan kini mencari rezeki sebagai jurujual penapis air. Ada juga sedikit-sedikit aku berniaga dan berjualan sendiri. Masih memohon kerja yang lebih baik dan bergaji besar.

Kadang-kadang ada jadi driver dan ada juga jadi pemandu Grab. Tapi, tak boleh balik lewat, kesian isteri sorang-sorang kat rumah. Isteri pun masih bekerja di tempat lamanya. Kos hidup yang agak tinggi kadang-kadang buat aku sesak dan menangis sendiri. Yelah, komitmen sedia ada pun dah sampai RM2000 setiap bulan. Kena kuat sikitlah. Mungkin sebab tu Allah belum kurniakan kami rezeki.

Mungkin sebab dah berumahtangga, ujian lain pula. Tapi, insyaallah. Sampai ke tua, biarpun aku rasa payah, aku nak hidup dengan isteri aku yang tercinta ni. Walaupun kadang-kadang tengok dia penat bekerja, aku ambil alih sental baju kat bilik air. Ambil alih memasak di dapur. Kalau boleh, aku nak jadi superman untuk dia, walaupun rasa letih macam nak mat!. Hahaha. Doakan aku…

Kredit : cerita ohsem.