Tak sangka bangun dari tidur malam tu, dia tengah sedap peluk aku dari belakang, dia text aku cakap sesuatu

Tak sangka bangun dari tidur malam tu, dia tengah sedap peluk aku dari belakang, dia text aku cakap sesuatu

Assalamualaikum semua pembaca.. Bila mana terbaca macam2 cerita dalam ni, aku terpanggil jugak untuk share satu kisah. Moga apa yang diceritakan aku ini menjadi iktibar untuk kesemua insan2 yang mempunyai naluri songsang. Allah swt dah jadikan semua benda ada pasangannya yang kita mahu menafikannya dah kenapa kan? harap kisah aku jadikan pedoman

Bermula kisah aku ni setelah selesai pengajian biasala bukan mudah nak dapatkan pekerjaan, dah pelbagai kerja aku apply tapi tak panggil2 jugak.

Sampai suatu masa aku terbaca pasal 1 program yang menawarkan skills untuk lepasan2 siswazah yang masih menganggur macam aku ni, so aku pon apa lagi apply la, dari tak dapat kerja tak buat apa2 baik aku join program ni ye dok.

Selang beberapa lama selepas tu aku dipanggil untuk joint kursus tu. Maka bermula lah cerita sepanjang 1 tahun aku di dalam kursus tu.

Seronok dapat joint program macam tu sebab memang banyak yang improve terutamanya soft skills aku. Kat sini aku dapat ramai kawan, baru aku sedar rupanya ramai graduan yang masih tak dapat bekerja, so kepada graduan2 hari ni pls la jangan memilih kerja ok, bukan senang nak dapat kerja oii.

Berbalik kepada cerita aku tadi di kursus ni la aku mula kenal dengan seorang perempuan yang sangat caring pasal aku, sangat2 caring ok, adala satu hari tu aku demam, nak dijadikan cerita sidia ni sanggup ponteng kursus semata2 nak jaga makan minum aku. Aku pada mulanya biasa la kan bff memang la caring each other, so aku on ja dengan segala layanan yang diberikan.

Setelah beberapa bulan si bff ni panggil kami ramai2 ke bilik dia untuk lepak2, so kami ramai2 on ja lepak2 kat bilik dia layan movie, dah habis movie semua pakat tertido kat bilik dia. Nak dijadikan cerita pagi tu aku bangun tido dia ada kat sebelah aku sambil peluk aku.

Aku dah start pelik dengan tindakan dia, tapi aku buat bodo ja dan terus balik bilik aku. Then malam tu aku dapat text yang menyatakan dia suka aku, dia kata dah lama dia suka aku, then aku speechless jap, tapi biasa la kan bila dah terbiasa dengan layanan yang best sapa boleh elak, dengan iman yang tak berapa nak kuat masa tu maka tercouplelah 2 orang ni.

Dari hari ke hari hubungan kami makin intim makin ekstream. Ke mana kami pergi mesti bersama, dapat plak kawan2 yang memang satu spesis yang sama, makin hanyut la kami. Sehinggala aku bekerja dan dia bekerja yang memisahkan kami sebentar maklumla fokus kepada kerjaya masing2.

Kami dari bidang yang berbeza so memang tak boleh nak kerja bersama-sama, kalau ikut dia memang nak semua sama. Even kerja jauh2 tapi kami selalu curi peluang untuk berjumpa, boleh dikatakan setiap 2 atau 3 minggu sekali kami mesti jumpa. Kami bersama selama hampir 5 tahun.

Semasa berkawan dengannya bukan aku tak terima lelaki dalam hidup aku, ramai ja lelaki2 kat luar sana cuba try aku, aku ni boleh di kategorikan good looking juga la. Tetapi hati aku masih tertarik dengan layanan dia terhadap aku. Sampai 1 tahap aku ditarbiah sentap oleh seorang kenalan kat tempat kerja aku then aku macam insaf sekejap.

Aku mula kuatkan iman aku untuk berpisah dengan dia, maka berpisahla kami. Tapi tak sampai 2 bulan kami kawan balik sebab aku tak boleh nak move on dengan hidup sendiri. Jahat kan aku. Tapi hubungan kami tak lama selepas seorang lelaki muncul dalam hidup aku dan jauh lebih caring dari dia. Kami berpisah untuk kali kedua.

Tetapi macam movie, lelaki bukan semua baik. Tetiba aku dapat tau lelaki tu couple dengan orang lain, frust menonggeng la aku, then aku start terlibat dengan suami orang pulak, tapi tak lama sebab aku masih waras.

So aku kuatkan iman aku start berkawan dengan lelaki2 dan jugak selalu mendapatkan nasihat dari kawan2 sepejabat aku. Panjang lagi cerita aku diharap korang tak bosan la.

Selepas beberapa bulan, aku terbekenan kat seorang mamat ni, mula menaruh hati dan aku diberi hint yang baik darinya, tetapi tak lama bila aku dapat tahu dia dah punya girlfiend. Maka frust lagi la aku, niat memang nak cari balik teman lama tapi aku batalkan niat sebab dah tak mahu terpengaruh.

Selepas beberapa ketika lelaki yang aku suka tu start cari aku balik dan aku pon happy la. Aku dapat tahu awek dia yang hari tu dah kawin, so kami pon berkawan la balik dengan harapan boleh couple tapi sekali lagi aku dikecewakan bila mana dia dapat awek baru, maka tinggallah aku sendiri lagi.

Masa ni aku dah start menyampah dengan lelaki. Pada lelaki2 kat luar sana tolong la aku pesan jangan permainkan hati perempuan, suka cakap suka, tak suka cakap tak suka. Kadang2 aku terpikir mungkinkah pasangan2 sejenis kat luar sana punya pengalaman pahit dengan pasangan sebelumnya. Ermm entah la.

So aku kembali single, dalam masa sama kembali ke pangkuan si dia. Dia terima aku dan terus melayan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi dalam masa sama aku masih punya perasaan kepada lelaki, pendek kata aku ni bukan 100% songsang la.

Dalam masa sama aku punya impian untuk berkahwin dan punya anak suatu hari nanti. Dalam masa sama juga aku start kawan dengan ramai pengkid2. Aku pon tau tau apa dah rasuk kepala otak aku, frust punya pasal.

Pendek kata aku kawan dengan semua aku dah malas nak menaruh harapan kat lelaki2. Sampai suatu masa lelaki tadi muncul balik dalam hidup aku dengan alasan yang sama awek dia dah kawin, maka aku dengan rela hati maafkan dia dah terus berkawan dengan dia. Tapi kali ni aku tak letakkan sebarang harapan just go on ja. Lama jugak kami kawan.

Sampai satu ketika muncul seorang lelaki dalam hidup aku yang mahu berkawan dengan aku. Aku pada mulanya accept ja tetapi dia nampak ikhlas then aku bagi kata putus kat diri aku untuk berterus terang tentang status aku sebelum ni.

So korang rasa lelaki boleh terima awek dia bekas pengkid?? Mesti la tak kan. Aku pon tak tau apa masalah lelaki kat luar sana, terima la mana tau korang boleh membawa kami2 ni ke jalan yang benar. So kesimpulan dia apa2 pon tak semua benda harus diceritakan, ada cerita yang tak patut didedahkan untuk kebaikan bersama.

Selang beberapa hari lelaki tu muncul menyatakan dia terima aku seadanya tak kira kisah silam aku. So aku berkawan dengan dia dan alhamdulillah aku ada jodoh dengan dia dah selamat berkahwin pon.

So kat sini aku just nak nasihat ja kat golongan l*bt kat luar sana masih belum terlambat pon untuk berubah, pada aku tak perlu orang lain untuk merubah kita melainkan diri kita sendiri.

Iman tak datang sendiri tau, so aku harap kisah aku menjadi teladan buat insan2 lgbt kat luar sana untuk berubah. Ada ruang yang menanti jika dicari, jangan anggap diri tak diterima jika tak mencuba. Sekian. Wassalam.

– Cik blowing ( insan insaf ) via cerita ohsem.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda – team Johodaily.