“Masih terngiang ngiang jeritan Idah meminta tolong” Tiga beranak menemui ajall dalam satu kebkaran rumah awal pagi tadi

“Masih terngiang ngiang jeritan Idah meminta tolong” Tiga beranak menemui ajall dalam satu kebkaran rumah awal pagi tadi

Awal pagi tadi kita telah dikejutkan dengan satu kejadian menyayat hati kebkaran sebuah rumah yang telah menyebabkan tiga beranak rntung lapor Harian Metro hari ini.

Memetik dari laporan, menurut seorang jiran mngsa, dia masih terngiang ngiang jertian meminta tolong mngsa ketika kejadian.

“Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mngsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebkaran,” ujar jiran mngsa, Robaayah Yunus, 58, yang tinggal bersebelahan rumah mngsa kebkaran membabitkan kem4tian tiga beranak di Kampung Alah Batu, dekat Slim River, hari ini.

Robaayah berkata, ketika kejadian 3.30 pagi itu, dia baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang ke rumah mereka selepas bercuti di kampung.

Katanya, ketika bangun, dia terdengar bunyi letupan kecil agak kuat lalu membuka tingkap rumah dan ternampak api marak membkar bahagian tengah rumah mngsa.

“Makcik terus kejutkan suami dan anak yang sedang tidur untuk keluar rumah bantu mngsa dan anaknya yang berada dalam rumah itu.

“Ketika sampai di depan rumah, terdengar suara isteri mngsa yang dikenali Idah menjerit minta pertolongan tetapi saya dan suami serta anak tidak mampu berbuat apa-apa kerana api ketika itu mrak.

“Api terlalu mrak menyebabkan saya bersama suami dan anak berlari ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui di Kampung Alah Batu, dekat Slim River.

Rabaayah berkata, sampai sekarang dia masih terdengar suara isteri mngsa menjerit meminta pertolongan membuatkannya sedih kerana tidak dapat membantu tiga beranak itu.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan mngsa ketika menghadiri majlis kenduri di rumah sepupu mngsa yang terletak berhampiran kira-kira 30 meter daripada rumahnya semalam.

“Semalam, ketika bersalaman isteri mngsa mengucapkan terima kasih kepada saya kerana hadir di majlis kenduri itu.

“Saya tak sangka itulah ucapan terakhir mngsa dan tak sempat berbual panjang kerana isteri mngsa sibuk hari itu menguruskan katering kenduri sepupunya,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohamad Arif, 60, pula berkata, dia bersama anak cuba memadamkan api dengan menggunakan paip yang terdapat di luar rumah itu namun tidak berjaya kerana api terlalu kuat.

Katanya, dia memang mengenali suami mngsa yang dipanggil Idan kerana sering bertegur dan bergurau setiap kali hendak pergi kerja pada awal pagi.

“Saya bersama anak lelaki mengetuk pintu dan tingkap menyuruh mereka keluar dan ketika itulah kami mendengar jeritan isteri mngsa meminta pertolongan.

“Saya memang berasa panik dan cemas ketika itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan pertama kali dalam hidup menghadapi saat kecemasan sebegini.

“Namun, selang beberapa minit suara isterinya hilang menyebabkan kami terus berlari meminta pertolongan jiran di kampung itu untuk menghubungi bomba,” katanya.

Menurutnya, jirannya itu sangat ramah dan suka menanam sayuran di kawasan rumah dan arwah juga selalu memberikan sayuran yang ditanam kepada jiran.

“Tiga beranak itu baru menyewa rumah berkenaan pada Januari yang lalu dan pemergian mereka amat dirasai kerana mereka jiran yang peramah dan baik dengan semua orang kampung,” katanya.

Kredit Foto: Harian Metro

Sumberr asal: Harian Metro

Semoga segala urusan keluarga mngsa dipermudahkan.
Alfatihah.