Misteri di sebalik penemuan Nora, kenapa dalam keadaan yang sebegitu rupa…

Misteri di sebalik penemuan Nora, kenapa dalam keadaan yang sebegitu rupa…

Seperti yang semua sudah maklum, semalam (13 Ogos) seorang pendaki sukarelawan telah menemui m4yat Nora Quoirin di kawasan air terjun Gunung Berembun.

Walau bagaimanapun, terdapat misteri dan persoalan yang menyelebungi disebalik penemuan gadis tersebut.

Adakah pasukan SAR terlepas pandang?

Untuk makluman, tempat m4yat Nora ditemui semalam sebenarnya telah termasuk dalam radius kawasan pencarian pasukan SAR. Jadi ia menimbulkan pertanyaan, adakah pasukan SAR terlepas pandang atau ada penglibatan unsur jen4yah dan may4tnya dibuang di sana kemudian?

Macam mana boleh sampai air terjun dalam keadaan macam tu?

Seperti semua sedia maklum, Nora mengalami masalah lembam iaitu holoprosencephaly yang membuatkan dia susah untuk berjalan, mengimbangkan badan mahu pun menjaga dirinya sendiri, namun dia ditemui di kawasan yang memerlukan dia untuk melalui trek yang berbukit dan sukar didaki.

Mana pakaian dalam Nora?

Bukan itu saja, difahamkan, semasa Nora dilaporkan hilang, ibu bapanya mengatakan Nora mungkin hanya berpakaian dalam, tapi menurut pihak polis, m4yat Nora ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Adakah Nora cedera ke?

Setakat ini, pihak polis tidak memberikan sebarang komen berkenaan terdapat ada apa-apa kecederaan luaran yang terlihat semasa m4yat remaja ini ditemui.

Pelbagai persoalan masih menghantui ibu bapa Nora Quoirin dan harapnya persoalan ini segera terjawab selepas keputusan bedah siasat keluar nanti.

Sekarang ni kita serahkan je kes ini pada pihak polis untuk jalankan siasatan lanjut.

Berikut merupakan artikel yang berkaitan penemuan gadis ini.

Keterujaan Nora Anne lawat air terjun jadi petunjuk penemuannya

KUALA LUMPUR: Keinginan Nora Anne Quoirin untuk melawat sebuah air terjun memberi petunjuk kepada pasukan pencari untuk mencari gadis berkenaan di kawasan berkenaan, walaupun pencarian kawasan itu sudah dilaksanakan sebelum ini.

Seorang sukarelawan Shirley Yap dari Kelab Mendaki Seremban memberitahu portal Daily Mail Online bahawa dia terdengar tentang keinginan gadis itu untuk melawat air terjun lantas membuatkan pasukannya bertekad untuk melakukan pencariannya di kawasan berkenaan.

“Kami dengar bahawa dia (Nora) sangat teruja untuk melihat air terjun apabila dia sampai ke resort,” jelas Shirley kepada portal tersebut.

“Kami mencarinya di kawasan itu dan menuruti aliran sungai.”

Laporan awal menyatakan bahawa m4yat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang Selasa.
(Astro awani)

Menurut harian metro kumpulan sukarelawan yg menjumpai myat Nora Anne namun takut utk mendekati.

KUMPULAN pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai, Seremban ternampak myat Nora Anne Quoirin, 15, pada jarak kira-kira 20 meter tetapi tidak mendekatinya.

Sebaliknya, kumpulan itu terus memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Wakil kumpulan pendaki dari Seremban, Kenny Chan berkata, dia bersama 24 pendaki lain secara sukarela menyertai SAR kira-kira 12 tengah hari di kawasan sungai itu.

“Kami melakukan pencarian mengikut laluan sungai sebelum berpecah kepada dua kumpulan bagi meluaskan kawasan pencarian.

“Ketika kumpulan saya sedang menelusuri laluan sungai itu, kami ternampak myat terbabit tetapi tidak mendekatinya,” katanya ketika dihubungi di Seremban, hari ini.

Menurutnya, tiada individu lain di lokasi terbabit selain daripada kumpulannya tetapi dia tidak pasti jika ada pihaknya lain yang terlebih dahulu menemuinya.

Katanya, dia dan ahli kumpulannya sudah memberi keterangan di Balai Polis Pantai mengenai penemuan mereka itu, malam tadi bagi membantu pihak berkuasa.

Kenny dan kumpulannya menyertai SAR pada Ahad lalu sebelum menyertainya untuk kali kedua semalam.

Myat Nora Anne ditemui pada 1.57 petang semalam kira- kira 2.5 kilometer dari lokasi penginapan remaja dan keluarganya di sebuah resort dekat Pantai.

Myat remaja warga Ireland dibawa keluar dari lokasi dengan bantuan helikopter dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Keluarganya yang ke hospital membuat pengecaman dan mengesahkan myat terbabit adalah remaja yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu itu.

Thank you for reading this article, share this if you find it beneficial. Thank you.

Kredit : bicaradaily / harian metro.