Mak angkat suami wasap, tak sangka dalam diam dia berkenan dan teringin kan sesuatu dari suami

Mak angkat suami wasap, tak sangka dalam diam dia berkenan dan teringin kan sesuatu dari suami

Aku sekadar meluahkan rasa yang ku tanggung sendiri, usia perkahwinanku baru setahun lebih dan perkenalan aku bersama suami hampir 10 tahun sebelum kami mengakhirinya dengan ikatan yang suci. Aku baru melahirkan seorang puteri yang baru berusia 70 hari, tak ku sangka kesabaran aku teruji lagi dengan kejadian yang terjadi semalam..

bukan ku ingin mengaibkan suamiku sendiri tapi sekali lagi ku katakan, aku mahu meluahkan rasa. Semalam handphone suami tak dimat!kan dan aku bukak segala apa yang ada dalam hp suami, selama ni hp dia berpassword. Aku curiga tapi sebab rasa percaya padanya ku biarkan rasa hati..

mungkin semalam tuhan mahu tunjukkan sesuatu, aku buka wasap suami… ada 3,4 chat dengan perempuan yang tak ku kenali dengan bahasa yang lucah dan tak sepatutnya dia berkelakuan begitu sebab dia suamiku yang aku percaya, dan dia ayah kepada anak perempuanku yang aku sandarkan harapan.

Satu chat wasap lagi bersama seorang mak angkatnya yang mahu melagakan dia dengan anak gadisnya.. adakah makcik tu tak tahu yang suami aku dah berumahtangga?? Bergetar tangan aku scroll chat diorang… airmata aku tumpah tanpa henti… aku pandang suami yang sedang nyenyak tidur… sedang aku berkelakuan begitu, anakku sedar dan menangis sangat kuat sehingga mengejutkan tidur suamiku.

Melihatkan aku sedang memegang telefonnya, pantas dia memarahiku… aku persoalkan di mana silap dan salah aku? Aku persoalkan di mana kekuranganku sebagai seorang isteri? Suamiku diam dan api kemarahannya membuak, tanpa diduga aku ditendang aku dipukul di muka dan bahagian tepi telinga sehingga mataku lebam dan kepalaku bengkak.

Kata suamiku semuanya berpunca daripada sikapku yang gagal memahaminya, apa yang tidak aku fahami? Aku persoalkan lagi… dia hanya tahu memarahiku jadi aku bawak anakku ke ruang tamu, sekali lagi aku ditendang di bahagian perut dan belakang sehingga pagi ni aku mengalami pendarahan…

Anak di riba berhenti menangis dan menatap mataku… semalam jugak suamiku bertindak menghalau aku keluar dari rumah jika tak mahu lagi hidup bersamanya kain bajuku dalam almari dilempar ke muka… aku berang dan aku katakan baiklah aku pergi… tapi ingat jika aku melangkah pergi, aku tak kan toleh belakang lagi.. aku kutip kain bajuku dan saat tu dia bertaklik padaku sekiranya aku melangkah kaki keluar rumah malam semalam, jatuhlah satu talak terhadapku…

Aku redha. Untuk pengetahuan, sepanjang aku mengandung pernah beberapa kali aku dipukul suami… tapi aku memaafkannya dan beri peluang demi peluang. Aku seorang wanita bekerjaya… aku mampu tanggung anakku… tapi aku kesiankan anak yang akan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.

Itu yang aku biarkan sahaja diri dan hatiku diperlakukan sesuka hati… tak pernah aku abaikan rumahtangga aku. Balik kerja sampai rumah jam 6.30 aku bergegas masak sediakan makan minum suamiku tak pernah lupa.

Pagi aku sediakan segelas air untuknya walau aku berkejar untuk ke tempat kerja… penatnya aku skitnya aku.. sepanjang mengandung walau sekali tak pernah suamiku urutkan aku… malah aku yang sentiasa mengurut tubuh penatnya… segala kerja umah aku uruskan, kerja di pejabat lagi dalam keadaan sarat mengandung tapi ini balasan yang aku dapat… kecurangan suami aku!

Anakku semalam suami dukung dan tak benarkan aku bawanya sekali, aku berkeras mahu bawak anakku sekali. Suamiku sangat menyayangi anaknya, setelah lahir suami sangat sayangkan anak… tanpa aku duga sekali lagi, suami peluk aku peluk anak dan menangis meminta ampun pada aku dan akan perbetulkan keadaan semula… dia insaf akan segala perbuatannya… aku tanya sejauh mana kecurangannya padaku? Dia sumpah demi anak perempuannya, hanya setakat di telefon sahaja… simkadnya dipatahkan.

Aku mahu memberinya peluang demi anak… dan dia kata tak mengapa jika cintaku padanya hilang tapi fikirkan anak.. dia main soal anak… aku lemas.. aku beristikharah tapi aku masih belum ketemu jawapan yang pasti samada mahu meneruskan perkahwinan ini atau putus di tengah jalan… Dia ingin bawak aku ke hospital tapi aku tak nak… aku takut jadi cerita lain kes penderaan rumahtangga dan aku risau jika aku warded, macam mana dengan anak yang fully bf..

luahan hati seorang isteri yang hanya mahu mngharap syurga tuhan, tidak mahu balasan manusia biarpun skit lelah aku tanggung sendiri.Aku bekerja hampir sepenuhnya duit gajiku untuk rumhtangga… untuk membantu ringankan tanggungjawab suami… tapi ini balasan yang aku dapat…. buat suami di luar sana hargai isterimu yang bersusah demi memenuhi kehendak dirimu dan demi anak zuriatmu… mungkin ini sebahagian dugaan aku.. doakan aku tabah demi anak… tq

Kredit : cerita ohsem.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula.