Aku selalu overnight tgk wayang, tidur dlm keta tempat cerah akhirnya terkandas checkin hotel utk tidur saja tak buat apa pada mulanya..

Aku selalu overnight tgk wayang, tidur dlm keta tempat cerah akhirnya terkandas checkin hotel utk tidur saja tak buat apa pada mulanya..

Foto sekdar hiasan.

Aku terbaca 1 confession yang bertajuk Semuanya Salah Aku. Boleh baca confesion di iium Kalau korang tengok tajuk aku pun aku rasa korang dah boleh agak story cliche apa yang aku nak tuliskan?

Apa yang aku cerita ni adalah untuk adik yang confess tadi & juga untuk adik2 di luar sana ambil ikhtibar & nasihat daripada pengalaman aku yang kini sedang mengandung 5 bulan. Very long story guys, minta maaf ye sebab aku memang rajin mengarang daripada zaman sekolah lagi.

Nama aku Sarah, umur lewat 20-an, baru berkahwin Jan 2019, bekerja di hospital, pelajar dekan tiap tiap sem di universiti, boleh di kategorikan pelajar perempuan yang hot jugak masa study. Ramai yang datang mengorat & tak lupa juga ramai yang datang masuk meminang. Tapi aku reject semua sebab pada aku, pelajar se-perfect aku mestilah nak ada boyfriend yang handsome, baik, pandai & loaded (kalau pakai kereta tu kira loaded la zaman tu). Cukuplah pengenalan untuk diri aku buat masa ni.

Korang kena tahu pada masa aku sedang menulis confession ni aku masih lagi sedang mengumpul kekuatan untuk terus melupakan kisah silam yang cukup hitam sampai sekarang aku dibebani dengan dosa silam aku. Masa diploma dulu, aku kenal dengan seorang lelaki bernama Fit. Fit ada ciri-ciri macam lelaki idaman yang aku state kat atas tadi.

Masa tu aku rasa happy giler sebab akhirnya lepas reject semua orang yang datang, aku jumpa Fit lelaki idaman aku. Dia memang kaya, apa aku minta, semua dia akan cuba bagi. Makan itu makan ini. Beg itu beg ini. Kasut itu kasut ini. Jalan situ jalan sini. Plus background history dia pun tak ada yang mencurigakan sebab kawan sekelas aku dlu sama2 sekolah dengan dia. Dan akulah cinta pertama dia. So dia sangat2 appreciate aku masa tu.

Masa berlalu sehinggakan aku terlalu sayang & cintakan Fit sepenuh hidup aku. Alhamdulillah, pointer aku tak pernah turun, malah makin naik lepas aku kenal dengan dia. Pada aku tak ada masalah untuk aku terukan hubungan ni. Nak dijadikan cerita, perempuan & lelaki bila dah keluar berdua, makan selalu, naik kereta ke sana ke mari, kadang kadang tak balik kolej semata mata nk tengok midnight movie, lepak mamak, overnight di I-City jalan-jalan & tidur di dalam kereta di tempat yang terang.

Akhirnya, kami terkandas & terus ke hotel-hotel untuk check in dan tidur bersama. Kononnyaaaaaa kita tidur je, bukan buat apa. Ok la deal la macam tu. Untuk pertama kali, kedua kali, ketiga kali memang tidur je. Even 1 katil, tapi ke empat kali, kau ingat lelaki dia tak ada nafsu. Dan kau ingat perempuan pun tak ada nfsu? Setan tu sentiasa ada akhirnya kami terlnjur.

Lepas daripada episod tu, aku memang menangis sebab pada aku, aku sangat menjaga mahkota diri aku, tapi disebabkan sayang, masing-masing tengah angau & fikiran melayang-layang, sama-sama janji takkan tinggalkan satu sama lain & kawin lepas habis belajar. Maka daripada terlnjur sekali terus menjadi rutin, setiap kali overnight, tak check in memang tak sah. Benda hram memang best orang kata.

Masa berganti masa, genap tahun ke 4 bercinta, kami sama-sama sambung pengajian ke ijazah. Masa ni, masing-masing dah duduk jauh, sorang di Selangor, sorang di utara. Kami dah tak kerap jumpa, tapi relationship kami masih sama & tak goyah. Masuk tahun ke 5 bercinta, long distance relationship ni mula goyah. Fit mula tak reply message, whatsapp, dm aku dia semua social media. Tak angkat call aku & kalau angkat sekadar nak bagitahu tengah busy ni siapkan project.

Dia block aku semua social media kecuali wechat. Haha zaman ni wechat memang tengah In. Aku buat account wechat ni pun sekadar untuk melepaskan perasaan je. Tapi Fit lupa, dia yang dia ada dalam friendlist wechat aku. Memandangkan berkurun jugak aku tak update apa2 status di wechat. Pada waktu aku tergerak hati nak buka wechat tu la aku dapat tahu dia kini sedang syok bercinta dengan seorang model muslimah yang mekapnya tebal 10 inci.

Macam mana aku tahu? Orang yang pernah pakai wechat mungkin akan faham apa aku explain ni. Di wechat kita akan nampak komen orang kita kawan sahaja di status orang lain. Jadi si model muslimah ni pernah add aku beberapa bulan yang lalu. Masa tu tergerak hati nak approve walaupun sebenarnya wechat ni aku akan approve kawan2 yang kenal je.

So dekat situ aku baca semua komen2 mereka berdua, love love, rindu & cinta bagai. Aku memang jatuh terduduk, aku menangis sehabis baik, aku call Fit berkali-kali tapi dia tak angkat, aku message dia memandangkan whatsapp aku dah di block. Aku tanya dia, siapa Diana? Maybe sebab dia cuak aku dah tahu tembelang dia dah pecah, dia reply message aku cakap, “Model untuk final project dia.”

Aku rasa tak payah la aku cerita lebih detail pasal tu, sebab aku masih lagi belum dapat maafkan diorang & kalau terkenang memang aku akan nangis even sekarang aku dah kawin. 2 tahun aku bermain tarik tali dengan Fit akhirnya rezeki aku bangun tahajud & istikharah bertahun2, aku dapat offer bekerja dia sebuah hospital swasta di selatan sebelum aku tamat pengajian.

Aku nekad untuk move on lepas aku bekerja & busy kan diri dengan aktiviti lain di selatan nanti. 5 bulan aku bekerja, dah tiada pujuk rayu aku lagi buat Fit sebab dah 2 tahun aku bersabar dengan perangai dia yang jadikan aku tempat untuk melepaskan nfsu je.

Fit mula perasan aku jauhkan diri daripada dia. Masa ni aku dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki yang langsung bukan lelaki idaman aku, Zack (tak handsome, tak kaya, tak pandai sangat, baik tu aku tak tahu lagi sebab aku baru kenal dia sebulan) which is husband aku sekarang.

Bila Fit nampak aku mula menjauh, dia datang ke rumah sewa aku semata-mata untuk stalk kegiatan aku sehari-harian sebab aku dah takcari dia. Malangnya aku tak buat apa pun, aku belajar dari kesilapan, aku tak keluar dengan lelaki malam-malam, aku duduk rumah lepas habis waktu kerja. Balik kerja pun jalan kaki 30 minit dari hospital, masak sendiri di rumah & duduk dalam bilik sambil whatsapp dengan Zack yang baru aku nak kenal tu.

Satu malam tu aku demam & tak larat nak masak, Zack datang rumah & ajak aku keluar makan. Balik dari makan malam terus aku balik rumah lebih kurang pukul 11.30pm jugak la sebab aku keluar pun dah lewat dalam pukul 10 macam tu. Fit datang suprisekan kami. Dia tuduh aku curang, dia kata aku pergi check in dengan Zack, sebab tu malam baru balik. Aku memang frust, aku punya susah nak move on daripada dia, aku dah move on dia boleh datang balik.

Zack agak terkejut dengan statement yang Fit keluarkan, dia minta aku settle elok2 sebab dia nak balik & taknak masuk campur. Maka bergaduhlah aku dengan Fit dekat depan rumah. Fit uguut aku kalau aku keep continue lagi relationship dengan Zack, dia akan bagi gambar-gambar sksi aku dekat Zack. Dia rampas phone aku, dia kasi iphone dia supaya dia boleh detect location aku sentiasa di mana2. Lepas balik kerja dia tahu jalan mana yang aku ikut untuk jalan kaki ikut untuk kerumah. Kalau aku melencong ke mana-mana dia akan call aku tanya buat apa ke sana. Hidup aku dalam keadaan tertekan & hampir rasa nak bnuh diri.

Akhirnya aku call Zack menggunkan phone office & minta dia datang ke hospital aku pada waktu aku shift malam. Aku berterus terang dengan dia & minta dia tinggalkan aku kalau dia tak boleh nak terima aku. Zack sangat gentleman, dia call Fit untuk jumpa & settlekan isu ni. Sebelum kami berjumpa Fit uguut aku, kalau aku pilih Zack, dia akan tunjukkan video ni (video kami di hotel). Menggigil lutut aku & aku terus menangis. Kenapa aku dikurniakan akal sebodoh tu waktu tu.

Aku kumpul kekuatan & aku tetap memilih Zack & nak keluar daripada masalah ni. Fit bengang dengan jawapan yang dia dengar, dia keluarkan phone dia & nak tunjukkan video kami. Tapi awal awal lagi Zack bagitahu, kalau itu video korang di hotel, gambar sksi, gambar tak senonoh dia taknak tengok, lepas kawin dengan aku nanti dia boleh tengok sendiri puas-puas.

Akhirnya aku berkawin dengan Zack selepas 2 tahun bercinta. Sebulan pertama perkahwinan, setiap kali solat jemaah aku akan minta maaf pada dia atas dosa silam yang pernah aku buat dulu. Tapi suami aku selalu marah bila aku ingat memory tu lagi, aku bersyukur dikurniakan suami yang sekarang. Terima aku tanpa mengira kisah silam aku yang penuh maksiat, tak pernah ungkit 1 pun kisah silam aku daripada bercinta smpai sekarang, even nama Fit pun dia kalau boleh taknak sebut sebab dia taknak aku teringat lagi.

Walaupun Fit tu nama anak buah dia, dia akan cakap, “anak kak long yang no 2 tu.” Lepas nikah baru aku tahu suami aku yang dulu aku judge dia teruk perangai sebab dia seorang perokok tegar & serabai tu aku rasa dia culas dalam solat rupanya dia tak macam tu, banyak surah-surah dalam Al Quran dia hafal & tasmik aku malam-malam, sharing 1 hari 3 hadis. Aku selalu bersyukur dengan rezeki suami aku sekarang.

Adik adik di luar sana, ingatlah, jangan sesekali kita hampiri zlna. Kita memang yakin kita boleh kawal nfsu kita sebab kita belajar agama daripada kecik, solat 5 waktu tak tinggal, mengaji tiap tiap malam, usrah setiap kali jumaat, tapi setan tu ada di mana mana. Sekali dia jentik hati kita dengan “mksiat tu sedap, tak cuba tak tahu.” masa tu, ilmu agama di dada dah melayang ntah ke mana.

Sampai sekarang aku masih dihantui rasa bersalah dengan suami aku. Aku dihantui dengan kisah silam buruk aku. 2 bulan pertama pernikahan, aku masih lagi di uji dengan Fit. Hampir tiap tiap malam aku mimpi aku berasmra di atas katil dengan Fit di hotel-hotel yang pernah kami check in. Aku tak tahu kenapa aku sampai sekarang masih di uji dengan ujian mimpi buruk tu. Sampaikan apa yang pernah aku buat dengan Fit di hotel-hotel tu, aku masih tak boleh lupa sebab dia keep playing dalam mimpi aku. Walaupun aku tak pernah langsung teringat pada dia sedetik pun lepas aku bernikah.

Husband aku memang tak tahu struggle aku sehingga ke hari ni nak melenyapkan semua memory tu. Masa aku pregnant ni, lagi kerap mimpi aku & Fit di ulang ulang. Aku sumpah aku tak cukup kuat untuk semua ujian ni. Aku banyak jugak berdoa supaya Allah lenyapkan memori buruk tu dalam hidup aku. Dan setiap kali itulah, aku bangun tido aku rasa bersyukur ada husband macam Zack di sebelah aku.

– Sarah (Bukan nama sebenar) via iium.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula.