Bapa Mertua Jelaskan Ramai Saksi Hubungi Keluarga Termasuk “Lelaki Baju Biru” Namum Kecewa Dgn Sikap Saksi

Bapa Mertua Jelaskan Ramai Saksi Hubungi Keluarga Termasuk “Lelaki Baju Biru” Namum Kecewa Dgn Sikap Saksi

KUALA LUMPUR: Polis memanggil dua adik ipar mngsa yang m4ut susulan perselisihan faham dalam kemlangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Bapa mentua mngsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata kedua anaknya, Azraei Arief, 22 dan Zafri Amir, 19, keluar dari kediaman keluarga di Bukit Mahkota Bangi untuk ke IPD berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes kemlangan berkenaan.

“Zafri antara ahli keluarga yang terawal tiba di kawasan kemlangan berkenaan dan membawa Allahyarham (Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29) ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.

“Azraei yang turut ada bersama beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan) kepada menantu ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya pada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dia dan ahli keluarga lain menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi kejadian termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemlangan ketika berlaku pergelutan antara mngsa dan suspek.

“Bagaimanapun, banyak alasan diberikan termasuk mahu jumpa saya dahulu apabila meminta mereka untuk tampil membuat laporan polis.

“Bagi saya kalau mahu bantu amat dialu-alukan namun jangan ambil kesempatan terhadap insiden ini,” katanya.

Semalam, mngsa yang dilaporkan m4ut akibat perselisihan faham dalam kemlangan kecil di lebuhraya berkenaan, didapati memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilnggar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, mngsa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mngsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemlangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlnggar suspek.

“Akibat daripada itu, mngsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya

Sumber bharian via sinar viral press.