Kak ipar ambil kesempatan kat ayah bila abang mula2 niat nak pindah nak jaga ayah,tp aku yang jadi mangsa dia

Kak ipar ambil kesempatan kat ayah bila abang mula2 niat nak pindah nak jaga ayah,tp aku yang jadi mangsa dia

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya Wani, berumur 28 tahun dan masih single, bekerja di sektor swasta. Tujuan aku buat luahan ni adalah sekadar ingin meluah. Well, mak aku meningal waktu umur aku 21 tahun time aku study lagi. Aku nak ketiga daripada 8 orang adik beradik dan merupakan anak perempuan sulung.

Aku ade 2 orang abang, both of them dah kawin dan 5 orang adik bawah aku. Al kisah mak aku meninggal betul2 setahun lepas aku habis study. After mak aku meninggal bermula lah tanggungjawab aku sebagai tempat ganti seorang ibu. Aku memang mengaku yang aku ni garang sikit tapi kalau ada apa-apa masalah memang aku akan settle semuanya.

Semua bil-bil dalam rumah dan makan pakai adik-adik aku yang tengah sekolah aku yang manage. Segala masalah yang berlaku dalam rumah memang yang aku akan hadap. Ayah aku ada lagi tapi dah uzur so semuanya bergantung pada aku. Abang2 aku pula dah kawin dan masing-masing dah ada anak.

Abang aku yang sulung sanggup berhenti kerja jauh semata-mata untuk jaga abah aku. Abang sulung dan anak bini dia tinggal kat rumah ayah aku. Aku pon gembira lah sebab ade abang aku yang nak kongsi tanggungjawab dengan aku. Tapi itu cuma alasan semata.

Selama diorang pindah balik rumah ayah aku aku yang tanggung semua. Kakak ipar pulak asyik nak buat musuh dengan aku. Nak harapkan dia yang jaga ayah aku memang tak lah. Ikan hangit dengan nasi sejuk je dia bagi ayah aku makan. Gla lah siapa je yang tak sedih. Adik-adik aku semua makan merapu je tapi diorang tak pernah complain.

Last2 bila aku tak tahan aku masak je siap-siap sebelum pergi kerja. Kalau abang aku ada duit then dia akan bawak anak bini dia makan kat luar. Kalau dia tapau pon dia akan makan senyap-senyap dalam bilik dengan anak bini dia tanpa pelawa adik-adik aku. Nasib lah Allah kurniakan aku adik-adik yang sangat matang dan bukan kaki gaduh. Adik-adik aku banyak mengalah malah adik-adik aku tetap jaga dan layan anak sedara kami dengan penuh kasih sayang.

Bila macam-macam jadi aku rasa penat sangat sebab dah lah aku yang tanggung semua abang aku buat hal pulak. Bila penat aku mudah marah. Then mula lah kisah aku yang dibenci adik-adik dalam diam sebab diorang selalu kene marah dengan aku.

Ye lah, aku kerja penat kot then bila balik rumah semua bende aku buat. Kadang-kadang bende kecik pon aku boleh marah. Kesian adik-adik aku jadi mangsa. Adik-adik aku pulak suka bawak balik kawan-kawan tidur kat rumah. Aku tak kisah pon sebab aku anggap ni salah satu cara untuk aku bersedekah.

Tapi yang tak bestnye bila adik aku cerita kat kawan dia yang aku ni garang dan suka marah-marah orang. Kawan adik-adik aku semuanya jadi tak suka kat aku. Kadang diorang cerita keburukan aku dekat kawan diorang melalui call malam-malam tapi dia tak sedar yang aku dengar sebiji-sebiji ape yang dia cakap pasal aku kat kawan dia. Tak terlepas kakak ipar aku pon sama cerita hal aku kat kawan dia.

Aku sayangkan keluarga aku sepenuh hati aku tapi bila diperlakukan macam ni aku rasa putus asa. Kadang-kadang rasa macam nak lari dari rumah nak pergi jauh tapi aku fikirkan ayah aku yang uzur, tiada siapa yang boleh jaga dia. Lepas galas tanggungjawab sebagai seorang kakak aku jarang fikir masa depan aku. Sentiasa fikirkan hal adik-adik aku dan macam mana nak bagi mereka semua berjaya. Itu azam aku tapi bila diperlakukan mcam ni aku jadi buntu dan putus asa.

Tak ada siapa yang suka marah-marah and aku tak gila nak marah orang sesuka hati tapi kekadang aku penat. Aku sendiri tiada tempat mengadu. Jadi aku mohon pendapat korang ape yang aku perlu buat lepas ni. Patut ke aku berubah jadi lebih lembut atau patut ke aku angkat kaki je? Terima kasih sebab sudi baca.

Kredit : cerita ohsem.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula.