Aku janda tak de anak, lepas 3 tahun aku terjumpa bekas suami, dia tolak dan halau aku dari rumah

Aku janda tak de anak, lepas 3 tahun aku terjumpa bekas suami, dia tolak dan halau aku dari rumah

Asalamualaikum semua pembaca, aku sebenarnya janda tiada anak. Suami aku dulu baik tapi tiba2 berubah. Entah lah kenapa suami aku jadi macam tu. Dulu dia beri nafkah, kalau bukan kerja dia akan duk rumah je dengan aku. Dan sejak awal tahun ni suami mula berubah, dia tak beri nafkah, barang semua di jual, suami aku seorang bisnesman.

Aku tak sangka suami aku bengkrap.. makin lama makin teruk. Bisnes makin jatuh dan akhirnya suami aku miskin papa kedana. Nasib je aku ada simpanan sikit. Suami aku merayu nak aku stay dengan dia. Tapi aku tak boleh. Aku tak sangup tinggal dengan suami. Apa lagi suami sudah jatuh miskin..

Kisah bermula apabila aku mula janda, aku cari kerja, namun aku tak jumpa kerja yang sesuai, sampai lah aku kerja di satu tempat tempat ni di panggi pusat karaoke, tapi aku tak melayan lelaki . Kerja aku sebagai penyanyi je.. tapi oleh kerana ada sorang lelaki nak kan aku, aku terima lelaki itu. Dia baik , duit belanja bulanan aku dia bagi. Siap pinjam kan aku kereta jadi aku tak perlu pakai teksi..

3 bulan kami berhubungan bagaikan suami isteri, aku tak sangka kalau dia suami orang, ya Allah tekedu aku. Aku minta dia jelas kan pada aku. Katanya dia dan isterinya sudah tidak sekufu, isterinya kuat melawan, malas kerja , dan tak pandai layan dia bila bersama.. aku minta dia ceraikan isterinya tapi dia cakap. Semua yg dia pakai adalah harta isterinya.. ok aku percayakan dia..

Kami teruskan hubungan macam biasa? Akhirnya kantoi dengan isterinya. Isterinya malukan aku aibkan aku sebar gambar aku bersama suaminya Allahuakbar aku sangat malu lepas tu Dia serang aku tempat kerja. Simbah muka aku dengan air. Aku sedih sangat .. ngam lelaki tu datang, aku suruh dia pilih aku atau isterinya. Dia pilih isterinya. Dia minta maaf kat aku. Ya Allah sedihnya aku. Aku tarik dia. Aku peluk dia. Aku cakap kalau aku dapat jaga dia.

Berikan apa dia mau. Puaskan kemahuan dia.. dia senang cakap hanya isterinya yang mampu bahagiakan dia. Allhuakbar. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni.. kebetulan aku mengandung, dia suruh aku gugurkan. Kenapa dia kejam sangat? Aku terpaksa gugurkan kandungan. Sebab aku tak ada suami dan dan masih nak bekerja. Aku nak jaga maruah aku..

Aku dah mula lupakan dia.. 3 tahun berlalu, aku unblock fb suami , aku stalk fb suami, tak sangka suami dah berjaya semula, aku ada nampak suami bergambar dengan kanak2 dalam lingkungan setahun lebih. Aku siasat2 tak sangka budak tu anak suami, aku scroll fb suami akhirnya aku nampak gambar isteri dia. Lepas tu suami post d fb dengan caption.

Terima kasih isteriku, keranamu aku berubah ke arah kebaikkan dan keranamu aku sedar siapa yang kutip dan buang aku ketika aku susah mahupun senang. Ya Allah, aku mula rindu suami aku. Aku add tapi dia tak approve.. aku call nombor dia dah tukar, aku pergi rumah kami, orang cakap rumah dah dijual. Aku siasat rupanya suami beli rumah lagi mewah dari rumah dulu..

Kenapa tak dari dulu dia macam ni? Kenapa sekarang baru nak berubah, aku cari dia. Aku nak jumpa dia, aku pergi rumah tu, aku jumpa isteri dia, isteri dia cakap dia kenal aku siapa. Katanya suaminya masih simpan gambar aku di dalam dompet suami, ya Allah happy nya aku. Dia jemput aku masuk, aku masuk, lepas tu ada suami aku kat dalam. Aku terus peluk suamiku. Aku rindu pelukan suami ku.

Aku sayang suamiku.. tapi malangnya dia menolak aku. Dan dia berlalu pergi. Apa ertinya ini? Aku masih sayangkan diaYa Allah, dan betina tu tiba2 tenangkan aku. Tapi aku tolak dia sampai jatuh sebab dia rampas suami aku.. suami aku tolak aku keluar rumah. Dan katanya kalau aku datang sana dia akan report polis.. suamiku aku perlukan tempat berlindung. Kau tak ingat kah janjimu dlu akan sayang aku sampai bila2..

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula.