Pelik masa keluar tandas seluar Hazim dh btukar dgn mamat tu. Aku terkedu,terdiam seribu bhasa. Tergmak kau Hazim

Pelik masa keluar tandas seluar Hazim dh btukar dgn mamat tu. Aku terkedu,terdiam seribu bhasa. Tergmak kau Hazim

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum.Hai kepada semua pembaca mcam mana terawih korang?ada yang tuang tak ..malam ni da 9 hari kita berpuasa tahun 2019 ni.Semoga kita didalam golongan yang diberkatai dan diredhai oleh Nya.

Nama aku Sayzwan,dan masih study di Uitm Shah Alam.Dalam course krik2 krik2..tak boleh la gtao korang..nnt ada member aku baca luahan ni kompem dapat teka siapa aku.AKu da last semester utk tahun ni.Tak sabar rasanya nak tamatkan pengajian ni nk mulakan kehidupan orang yg dapt duit tiap2 bulan.

Oh ya sebelum terlupa,hari tu, aku ada terbaca luahan tentang ‘ G*y boleh ke masuk syurga? ‘. Disebabkan luahan tu, aku teringat dekat roomate aku dulu last semester.Haippp..jangan salah paham..aku bukan g*y ok..aku lelaki normal badan sado,hari2 main gym minum vitagen..hihi.

Kisah aku ni lebih kepada roomate aku last semester sama bilik dgn aku.Bru hari ni aku ada masa nak tulis luahan ni..lepas terwih ni krik2..nak study mmg tak la,aku jenis study pon pukul 4 pagi,snng skit otak aku nak terima apa yg study..

Aku namakan kwn aku ni HAZIM..aku paggil zim je.Penampilan dia macam lelaki biasa. Sama macam aku. Sama macam kau. Sama macam semua lelaki. Rambut tutup dahi, specky dan putih (dia ada keturunan cina).

Dia ni pandai bergaya,pakaian nya mmg lebih trendy,badan ala2 sado gitu..suka main gym dan dia ramai kenalan lelaki di gym area seksyen 7.aku pun kadang2 ikut dia pergi gym sekali.Tapi sampai je sana..hampeh..aku kena tinggal dengan dia.

Mana tak nya semua kt situ kenal dia,aku tgk dia macam idola setiap lelaki kt situ.Ada yg lemparkan senyuman manis,ada yang mengusik dia,siap pegang otot2 dia gitu.Tapi aku buat bdoh je la bagi aku benda tu normal.Kawan jumpa kawan kan.

Bermulalah episod,satu malam tu,aku perhatikan dia dr jauh dalam bilik gym..Ada satu mamat ni tak salah aku mcm macha,tak pon mamak,badan perghhh ketul2 macam nak terkeluar otot tu mmg jadi pujaan wanita kalau tengok.Tapi yang pelik nya dia ajak azim ni masuk ke tandas.

Lama tu tak lah sangat,dalam 30minit juga baru si hazim ni keluar dgn si macha ni sambil tersengih2 malu.Aduhhhhhh..aku pula tak keterharuan di buatnya disitu.Buat2 tak nampak kelakuan mereka,kang tengok nampak sgt menyibuk nanti…tapi yang pasti aku nampak seluar hazim dah bertukar seluar dengan si macha tu..hahah

Geli nok..ok aku tarik nafas panjang….mungkin tak de pape ni..tiba2 hazim sapa aku..

Hazim: Wan ko ok tak ? Nak main lagi?

Aku: Aku ok je zim,asal ko nak gerak balik da ke?

* Kami sudah 2 jam menghabiskan masa dalam gym start lepas isyak,boleh juga nak gerak ni..

Hazim:Ok gak kalau kita nak gerak da ni,aku pun tak berapa selesa da ni..ko pun mesti nak beli vitagen dulu kan?

Aku:Ha ok..jom..tapi aku nak tny skit kt ko ni,ko jangan marah aku ye…kenapa seluar bertukaq dengan si mamat tu tadi?ko buat apa dalam tandas tadi.

*Hazim time ni da cuak,tersipu malu dia aku tanya soalan tegak terus dekat dia.

Hazim:Oh..kita orang memang selalu bertukar seluar wan..hihi..da jom lah kita gerak.

Aku malam tu apa lagi memang tak sedap hati la..korang bayangkan la..lelaki normal nak bertuka seluar ke?Ko rasa apa tak yang aku tengah fikir sekarang ni?Geli weh….uwekk..

So,balik bilik malam tu,aku terus mulakan siasatan..kadang2 aku saja berlaga badan dengan dia..fuh dia punya respon menyeramkan bulu roma weh..terpacak bulu roma bila dia pegang bahu aku.Aku da start curious dgn dia..tapi aku tak tuduh dan berani serkap jarang..aku biarkan benda2 mcm tu berlalu

Lebih kurang 2 bulan macam tu la..aku nampak perubahan pada sikap si hazim ni..serius nampak bila dia menyendiri,suka lepak sorang2..dah tak macam dulu2 selalu gelak2 dgn dia buat lawak bdoh.Aku suspek dia ni mesti putus cinta dengan marka dia a.k.a awek dia lah ni..

Macam mana aku tahu dia ehem2 putus cinta kan?(aku tak tuduh dia g*y ok)

Ada satu malam tu, kami borak kosong dalam keadaan gelap sebab niatnya memang dah nak tidur, tapi entah, tiba-tiba dia ajak borak. Jadi, aku akur. Plus, aku pun waktu tu takdelah mengantuk mana.

Kami borak pasal semua benda. Mula dari favourite menu dekat cafe, pasal kucing yang selalu datang bilik kiteorang, pasal macam mana nak nampak cool (memang aku budak nerd dan desperate ) dan macam-macam lagi. Sampailah satu topik. Topik yang kiteorang jarang bukak. TAK PERNAH bukak pun sebenarnya. Topik perempuan. Aku tanya dia

Aku: semua orang dah cop perempuan yang diaorang nak. Kau takde nak cop mana-mana perempuan ke kat fakulti kita ni?

Tiba-tiba dia diam. Lama jugak. Sampailah aku dengar macam dia tersendu. Tersendu macam menangis.Haa! Dan bermulalah sesi luahan yang sebenar!

Hazim: Wan, aku sebenarnya takde rasa apa-apa pun dekat perempuan. ”

Waktu tu dahi aku dah berkerut.Bakal terungkai misi penyiasatan aku ni ,hehe

Hazim: Tolong aku wan. Aku rasa aku g*y.

Kalau ikutkan hati aku waktu tu, memang aku nak heret dia keluar dari bilik. Aku dok fikir dia ni putus cinta dgn marka mulanya tapi TIDAK!!!Nak melawak tak kena waktu.Tapi lepas tu, aku terus teringat apa yang dia buat setiap malam.

Aku teringat yang dia bangun dari tidur. Keluar bilik. Bila sampai bilik, aku dengar dia hampar sejadah. Dia solat. Lepas solat dia berdoa. Aku tahu, waktu dia berdoa dia menangis. Menangis yang bersungguh.

Kadang-kadang bila aku solat subuh guna sejadah yang sama, rasa basah dekat bahagian sujud. Aku dengar dia merintih. Dia minta ampun dekat Tuhan. Tapi aku tak pernah tahu dia doa apa. Masa dia berdoa pun, dia seolah-olah berbisik.

Aku teringat yang bila aku balik kelas, aku selalu nampak dia duduk bersila atas katil sambil baca surah Al-hijr (dalam surah tu ada cerita pasal kaum nabi luth) dengan terjemahannya sekali. Pernah sekali, aku masuk bilik dan dia tengah baca Qur’an.

Tapi lepas aku masuk je, dia terus keluar bawak Quran tu sekali. Aku panggil dia, kira nak tanya la kenapa pulak keluar. Mengaji je la dalam bilik, bukannya aku marah.

Tapi lepas tu dia jawab ” oh aku lupa, aku ada kerja sekejap! ” . Aku tak puas hati, aku pun ikut dia senyap-senyap dari belakang. Last-last dia pergi duduk dekat bangku tepi blok kediaman kiteorang. Dia duduk termenung sorang-sorang.

Jadi malam tu. Waktu tu. Ketika itu. Saat tu. Aku faham. Selama ni mesti dia rasa berdosa. Rasa bersalah dengan perasaan yang dia ada. Rasa tak layak masuk syurga. Rasa keliru dengan ketentuan Tuhan. Rasa sksa menahan syahwat pada lelaki. Rasa takut, tak mahu berkelompok dengan kaum yang dilaknat.

Aku termenung. Aku tak jawab. Aku tak tahu apa yang aku perlu jawab dan apa yang aku patut buat.Apa yang aku aku mampu cakap dekat dia pada malam tu, dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dalam keadaan bilik yang tak berlampu.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan kata..

Aku: Hazim, aku sayang kau kerana Allah. Aku percaya Dia terima apa yang kau buat selama ni. Kau kena kuat zim…Cuma aku nak tahu satu perkara keluar dari mulut ko.Kau buat apa di tandas di gym dengan mamat macha tu zim.

Hazim tunduk menangis,air mata bejujuran membasahi pipi malam tu.Aku nampak keihklasan menyesal dengan tangisan dia tu.Dia menutup muka dengan tangan.Aku tengok dan peluk bahu dia time tu.

Hazim: Aku bangang wan,aku tertipu dengan dunia..Aku buat benda tak senonoh tu dalam tandas dengan bayaran setimpal.aku perlukan duit time tu untuk siapkan final thesis aku wan..

Aku terkedu,terdiam seribu bahasa..tergamak kau hazim gadaikan maruah kau hanya kerana duit..Astaghfirullah hal azim…

Buat mereka yang punya kecelaruan yang sama, aku, dia dan semua orang akan bantu kau. Jangan berhenti melawan. Moga Allah perkenan rayu kau selama ni.Moga segala jerih kau sekarang ni, dibalas kembali dalam syurga nanti.

Kredit : Dunia Kini via tribune malaya.