Suami Kej4m Doakan Isteri M4ti Ketika Bersalin. Pentingkan “Kerja” Dri Isteri Sendiri.

Suami Kej4m Doakan Isteri M4ti Ketika Bersalin. Pentingkan “Kerja” Dri Isteri Sendiri.

Sy tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tetapi sy mmg kecewa dengan perangai suami sy. Sy tengah mengandung 36 minggu. Memang sepanjang mengandung ini, sy suka marah-marah, tak suka tengok rumah bersepah. Sy mengemas, dia sepahkan. Sy mengandung rapat-rapat. Yang sulung baru berusia setahun 2 bulan. Memang sy penat menguruskan rumah. Melayan ank yang baru mendapat kaki berjalan, memanjat. Suami sepatutnya balik kerja awal. Tetapi menjadi lewat bila dia buat part time Uber.

Sy sudah pernah cakap dengan dia, tolong bertimbang rasa sikit. Sy sudah sarat sangat-sangat, dengan ank lagi, rumah lagi. Sy juga bekerja, mmg sy agak cerewet bila mengandung. Baju-baju dan barang-barang baby, sy yang beli dengan keluarga. Harapkan dia? Tak tahu bila nak beli sebab kemaruk sangat nak buat Uber itu. Padahal masa sudah suntuk dan sy boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Bila saya cakap, “Kalau saya terberanak awal, sakit di rumah, terjatuh, siapa nak tolong kalau awak tak ada?”Jiran ada, boleh minta tolong jiran,” dia jawab selamba.

“Anak isteri awak ini tanggungjawab jiran ke? Awak buat Uber, cari duit macam mana pun kalau tak jaga hati isteri, tak berkat juga duit awak,” keluh diri ini. Tetapi seperti biasa, dia buat tak tahu. Balik rumah bila dah lewat malam. Anak pun dah tidur. Ikutkan badan, mmg tak larat sebab dah sarat sangat. Tetapi sy bercakap macam tiada apa-apa. Dan hari ini sy MC sebab kena pergi jumpa pakar untuk periksa risiko bersalin rapat. Sebab sebelum ini, ank yang sulung lahir secara bedah. Takut risiko rahim sy pecah.

“Selepas ini, tolonglah. Jangan tahu nak minta ank, buat ank sahaja. Tetapi badan sy yang menanggung. Sy yang penat, sy yang letih jaga ank seorang diri,” kata sy pada dia ketika menunggu di luar bilik doktor. “Eh? Awak yang kena jaga hati sy sebab kalau awak derhaka, lagi susah awak nak berank nanti,” katanya tak berlapik sudah. “Sy czer. Habis tu, hati sy bagaimana? Ada awak nak jaga? Sy susah payah seorang diri. Semua nampak sy yang salah,” balas sy.

“Sy takut awak umur tak panjang bila bersalin ank yang kedua ini. Mana tahu ada masalah, awak tak hidup,” katanya tanpa memikirkan hati sy. Berderau darah sy mendengar kata-katanya itu. “Memang itu yang awak asyik sebut berulang kali semenjak sy mengandung ank kedua ini kan?” kata sy. “Memang pun sy doa macam itu,” katanya.

Sy bangun dan berpindah tempat duduk tersorok. Menitik air mata kerana sudah tidak mampu lagi menahan rasa terkilan dan sedih di hati ini. Sy menangis sepuas-puasnya. Hiba sangat bila perkataan itu keluar dari mulut suami sendiri. Merah mata, tak sangka mmg itu doa dia. Dia mmg mengaku dan nampak sangat dia berharap tuhan mencabut nyawa sy semasa bersalin czer nanti.

“Sudahlah, sy tunggu di luar saja. Lama sangat, kalau buat Uber dalam masa ini dah beratus ringgit boleh dapat,” kata dia lagi yang langsung tidak mahu memujuk sy. Memang dia tidak berhati perut, membiarkan sy menangis seorang diri. Padahal sy termengah-mengah membawa perut zuriat dia. Sambil menangis, sy berdoa, mmg sy derhaka dengan dia. Kadang-kadang solat tertinggal sebab sy seorang uruskan ank yang lasak sampai malam. Stress dengan kerja lagi, uruskan rumah lagi.

Semoga Allah berikan sy kekuatan untuk bersalin secara normal nanti walaupun doktor kata ada risiko tinggi. Pada sy, tiada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah. Sy juga harap doa suami sy nak tengok sy mati semasa bersalin czer nanti tidak akan makbul sebab ank-ank masih perlukan sy. Doakan sy bersalin normal. Tinggal 4 minggu saja lagi, sy takut. – Kisah Rumah Tangga via kisah jalanan.