Awak teraju utama cerita askar tu kan? Pada followers yg tak tahu..teraju utama tu pengarah bukan pelakun

Awak teraju utama cerita askar tu kan? Pada followers yg tak tahu..teraju utama tu pengarah bukan pelakun

Hubungan rapat antara pelakon Janna Nick dan pengarah terkenal Sheila Rusly sememangnya telah diketahui ramai, apabila kedua-dua selebriti ini dahulunya kerap memuat naik foto bersama di Instagram masing-masing.

Namun sejak kebelakangan ini, Janna Nick dan Sheila Rusly dilihat tidak lagi memuat naik foto bersama, walaupun mereka berdua sedang mempromosikan tayangan drama Leftenen Zana.

Suka tengok Sheila dengan Janna dulu…

Perkara tersebut telah mengundang spekulasi peminat tentang kedinginan hubungan mereka. Walaupun sebelum ini telah bertiup kencang khabar angin hubungan dingin mereka, namun ia dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Kapsyen di IG seakan memerli?

I tak perli siapa2 pun!

Kapsyen daripada Sheila Rusly telah menerima komen daripada netizen yang menganggap pengarah itu memerli Janna Nick dan tidak bersetuju dengan caranya itu.

Mereka menyifatkan tindakan Sheila seperti tidak sopan dan berharap pengarah itu menghentikan kenyataan yang seakan memerli pelakon itu. Namun ia dinafikan oleh Sheila yang menjelaskan kapsyen itu tidak ditujukan kepada Janna Nick dan ia bersifat umum.

Releks la, sis tak mention pun sesiapa…

Namun ada juga peminat yang berpendapat bahawa kapsyen daripada pengarah itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan ia bersifat umum.

Betapa payahnya Zana…

Di laman Instagram Janna Nick, pelakon itu juga ada memuat naik kapsyen yang menjelaskan jerih perit semasa penggambaran drama Leftenan Adnan di bawah arahan JS Picture.

Rindu nak tengok Janna dengan sis macam dulu…

Di Instagram Janna pula, peminat turut mengaitkan isu tersebut apabila nama akaun Sheila Rusly telah ditag oleh netizen. Mereka menyatakan kerinduan untuk melihat kemesraan terkini pengarah terkenal itu dengan Janna Nick.

Sebagai peminat janganlah cepat membuat spekulasi dan tohmahan jika tidak mengetahui cerita sebenar. Semoga hubungan baik Sheila Rusly dan Janna Nick sentiasa mekar.

Sumber : Instagram Sheila Rusly dan janna nick via ohmymedia.