Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

KEKANGAN kewangan bukan halangan untuk peminat menunjukkan sokongan padu kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya.

Meskipun kurang mampu membayar harga tiket penerbangan terus dari Malaysia ke Hanoi Vietnam, yang dirasakan mahal, 3 orang sahabat, berasal dari Puchong, Selangor ini belum berputus akal, apa lagi berputus asa.

Semangat untuk sama-sama berada dalam stadium menyaksikan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018 pusingan kedua, membuatkan tiga sahabat ini sanggup memilih jalan darat dengan berkereta untuk ke Hanoi, Vietnam.

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Amirul Amin, Mohd Fitri, dan Leng Chai Gulong (nama Facebook) merancang perjalanan itu pada malam 12 Disember 2018 selepas mendapati harga tiket pesawat dua hala Kuala Lumpur — Hanoi berharga RM1,800 seorang dirasakan mahal.

Mereka mula bergerak pada 13 Disember 2018 (Khamis) pada jam 6 petang menaiki kereta milik Saiful menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Pada jam 11.30 malam mereka melepasi sempadan Malaysia – Thailand, kemudian singgah sebentar makan di Sadao sebelum singgah di Phattalung, rumah saudara Saiful untuk menumpang mandi dan menyegarkan badan.

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Oleh kerana kekangan masa selain perlu mendapatkan Visa masuk ke Negara Laos, (perlu melintasi Laos sebelum masuk ke Vietnam untuk ke Hanoi) mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaikki pesawat dari Bangkok menuju ke Hanoi.

Mereka bercadang untuk bermalam di hotel berdekatan Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok hari ini (14 Disember 2018)

Ketika artikel ini ditulis, mereka memaklumkan sudah sampai ke Prachuap Khiri Khan.

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Mereka akan mengemaskini perkembangan terkini dari masa ke semasa. Maklumat terkini mereka akan dikemaskini lagi nanti. Sama-sama kita doakan 3 sahabat ini selamat sepanjang perjalanan mereka.

*** Aku difahamkan mengikut perkiraan mereka jika naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Hanoi Vietnam, kos yang perlu ditanggung mereka ialah sebanyak RM5,400 (Tiket pesawat pergi balik pada waktu ini adalah RM1,800 seorang).

Manakala menerusi perjalanan  yang dipilih ini kos perlu ditanggung adalah sebanyak RM3,240 (minyak, tol dan lain-lain RM1,200 dan Tiket pesawat dari Thailand ke Hanoi RM680 seorang).

Tambahan lagi mereka rasa lebih seronok dapat menikmati “Road Trip” ke Hanoi, Vietnam sebelum menjerit ketika perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di stadium nanti. Kredit milo suam.