‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

Keputusan pelakon jelita, Fazura membuka tudung selepas berhijab selama sebulan di bulan Ramadhan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Rata-rata meluahkan rasa kesal kerana mereka mengharapkan perubahan tersebut kekal.

Tidak kurang juga yang memberi kebebasan kepada artis tersebut membuat pilihan sendiri.

Di ruangan komen, seorang individu bertanyakan apakah perasaan Fazura kembali tidak bertudung selepas sebulan dan ini responnya.

‘Apa ye perasaan buka tudung?’

‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

Disebabkan individu tersebut juga tidak bertudung, dia bertanyakan secara ikhlas apakah perasaan Fazura kembali buka tudung selepas sebulan berhijab.

Individu tersebut juga menyatakan keinginan untuk bertudung tetapi bimbang melakukannya separuh jalan.

Dia juga bimbang berlaku pergolakan jiwa seandainya dia kembali free hair.

Respon Fazura

‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

‘Kenapa Saya Buka Tudung Selepas Ramadan’

Fazura secara panjang lebar memberitahu, dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana dia yakin hanya Allah yang mengetahui niatnya yang sebenar.

Dia mengambil keputusan memakai tudung pada bulan Ramadhan bukan sahaja untuk menghormati bulan itu tetapi ianya juga untuk melatih diri menjadi lebih baik.

Dia turut memberitahu, perjalanan hidup setiap insan telah ditentukan oleh Allah swt.

Sebab kenapa dia membuka tudung juga adalah kerana perjalanan hidupnya ditentukan berbeza dengan orang lain.

Dia tidak mahu menjelaskan secara terperinci kerana ini hanya diantara dirinya dan Pencipta.

Fazura juga enggan melakukannya secara paksa semata-mata mahu orang lain ‘suka’ akan dirinya. Dia mahu benar-benar bersedia sebelum berubah sepenuhnya.

Sumber : Rotikaya